Tarikh                      : 13 Oktober 2024
 Masa   : 10.00am - 11.30 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Bengkel terbuka kepada bakal pengantin yang ingin membuat permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian melalui portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Permohonan yang dibuat secara atas talian adalah lebih memudahkan proses serta menjimatkan masa. Selain itu, sistem dalam talian membolehkan pemohon memantau status permohonan serta mengurangkan risiko kehilangan dokumen atau kesilapan manual dalam pengurusan data.

Aktiviti:

-Pendaftaran akaun pengguna. Pemohon perlu daftar akaun dengan maklumat peribadi (nombor kad pengenalan) di laman web SPPIM.

-Pilih borang kebenaran berkahwin dan lengkapkan maklumat peribadi dan pasangan, tarikh dan lokasi pernikahan serta butiran wali dan saksi (jika diperlukan).

-Pengesahan maklumat. Pemohon perlu membuat pengesahan untuk memastikan bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah.

-Pemohon boleh memuat turun dan mencetak surat tersebut sebagai dokumen rasmi untuk urusan akad nikah.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 12 Oktober 2024
 Masa   : 04.30 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Bengkel penulisan surat rasmi terbuka kepada belia di Felda Lawin Selatan dan komuniti sekitar. Penyertaan percuma kepada ahli NADI dan bayaran RM5 untuk bukan ahli NADI. Selain dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat surat rasmi, bengkel ini juga membantu menambahkan pengetahuan asas ICT peserta dalam penggunaan Microsoft Word. 

Aktiviti:

-Petugas membantu peserta menguasai teknik menulis surat rasmi yang jelas, tepat, dan berkesan.

-Dapat memupuk kemahiran bahasa formal dalam situasi rasmi seperti permohonan kerja, surat rayuan, dan surat rasmi kepada pihak berkuasa.

-Memupuk kesedaran tentang kepentingan komunikasi bertulis dalam masyarakat setempat.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 10 Oktober 2024
 Masa   : 03.30 pm - 04.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Kg Malau, Kenering

 

 

Tujuan: 

Memberi penerangan ringkas kepada komuniti Kg Malau, Kenering yang berminat untuk menyertai program NADI MAHIR yang bakal dilaksanakan. Antara program kemahiran yang boleh dipilih oleh peserta adalah Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pertanian Pintar. Tujuan program NADI MAHIR adalah sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan Komuniti NADI. 

Aktiviti:.

-Komuniti Kg Malau, Kenering hadir ke NADI untuk membuat pendaftaran bagi menyertai NADI MAHIR.

-Petugas memberi penerangan tentang apa yang akan peserta peroleh daripada program tersebut.

-Penerangan tentang tempat untuk mendengar taklimat, bayaran ahli dan sebagainya. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 10 Oktober 2024
 Masa   : 04.00 pm - 04.45 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Kg Malau, Kenering

 

 

Tujuan: 

Komuniti Kg Malau, Kenering hadir ke NADI untuk membuat pemeriksaan kesihatan tekanan darah. NADI sedang melaksanakan program NADI x Kesejahteraan Kendiri terbuka dan percuma kepada ahli NADI. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kesihatan serta akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti untuk setiap individu dan komuniti.

Aktiviti:.

-Menyediakan kemudahan peralatan saringan kesihatan kendiri yang sesuai untuk membantu memperkasakan komuniti dalam membuat saringan kesihatan secara konsisten.

-Komuniti boleh melakukan penilaian kesihatan kendiri termasuk tekanan darah, BMI (Indeks Jisim Badan), dan bacaan gula dan kolesterol pada masa yang sesuai untuk mereka

-Petugas akan merekodkan bacaan penilaian kesihatan kendiri sebagai rekod.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 07 Oktober 2024
 Masa   : 11.00 am - 12.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pelajar hadir ke NADI untuk menjalankan pembelajaran secara jarak jauh (open and distance learning). Seterusnya, turut membuat tugasan individu yang perlu dihantar diakhir kelas. Antara kelebihan pembelajaran secara jarak jauh adalah membolehkan pelajar dari tempat yang berbeza untuk menghadiri kelas. Selain itu, dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran teknologi dan digital kerana teknologi (telefon bimbit, komputer) digunakan sebagai medium perantara pelajar dan pengajar. 

Aktiviti:.

-Pelajar perlu log masuk akaun email, menggunakan link google meet yang disediakan pengajar untuk menyertai kelas. Memastikan kamera dan mikrofon berfungsi dengan baik. 

-Menggunakan 'chat box' dan membuka mikrofon untuk bertanya soalan kepada pengajar. 

-Menekan 'share screen' untuk berkongsi skrin dengan tenaga pengajar dan rakan sekelas yang lain semasa pembentangan subjek.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori