Tarikh | : 03 Oktober 2024 |
Masa | : 04.30 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Projek buku skrap oleh pelajar sekolah rendah darjah 4. Pelajar perlu mambuat buku skrap sejarah sekurang-kurangnya 2 mukasurat ke atas. Projek buku skrap boleh dibuat secara manual dengan menggunakan kertas warna, pensil warna atau pelajar juga boleh mencetak menggunakan komputer. Petugas NADI membantu pelajar menyediakan buku skrap menggunakan microsoft word. Projek buku skrap ini secara tidak langsung menambahkan pengetahuan ICT kepada pelajar.
Aktiviti:
-Pelajar perlu memastikan tajuk buku skrap sesuai dengan tema yang diberikan oleh guru.
-Mengumpul maklumat, gambar, dan fakta yang berkaitan dengan tema. Pelajar merujuk buku dan internet.
-Membuka microsoft word dan memilih halaman baru. Menaip tajuk buku skrap dan memilih font yang sesuai.
-Pelajar turut memasukkan gambar berkaitan dengan tema buku skrap seperti gambar keris dan bangunan bersejarah.
-Menambahkan teks untuk menerangkan gambar atau kenangan yang ada dalam buku skrap.