Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. Aktiviti Fizikal
  2. Makan secara sihat
  3. Tidak merokok
  4. Bijak menangani stress
  5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018

 

Pertandingan Video Pendek 2018

Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen  Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:

 

No. 

Tajuk Subtema

Tarikh Pertandingan

1

#MyCuisine

Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018);

2

#MyDestination

Mac hingga April

3

#MyCulture

Mei hingga Jun

4

#MyShopping

Julai hingga Ogos

5

#MyHeritage

September hingga Oktober

6

#MyFamilyFun

November hingga Disember

 

MyDestination bm

 

27

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan terletak di dalam Mukim Kenering. Keluasan keseluruhan Felda Lawin Selatan ialah 1200 km persegi. Lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan.

 

Populasi Penduduk Felda Lawin Selatan

Mukim               : Mukim Kenering

Daerah              : Hulu Perak

Jumlah              : 218 orang peneroka, purata isi rumah 5-6 orang

Lelaki                : 109 orang

Perempuan       : 109 orang

100% berbangsa Melayu (dalam borang kaji selidik)

 

Ahli Parlimen/ ADUN Kawasan

Negeri                                  : Perak

Parlimen                              : Lenggong

Kod Parlimen                       : P055

Kod Dun                              : N03

Ahli Parlimen Lenggong      : YB Dato' Seri Shamsul Anuar Bin Nasarah

ADUN Kenering                   : YB Ustaz Husairi bin Ariffin

Penghulu                             : En. Omar Fazilah Bin Mohamad

Ketua Peneroka                   : En. Khairi bin Abd Razak

Pengurus Felda                   : En. Mohd Hishamudin Bin Mohammad Saud

 

* sumber : pejabat  JKKR Felda Lawin Selatan (2022)