Tabika Kembara

 

tabika

 

Ditubuhkan semenjak Tahun 1981. Sekarang melebihi 200 orang pelajar telah dihantar ke tabika ini. Terletak bersebelahan dengan Masjid Al Islahiyyah. Tabika ini menjadi tumpuan untuk peneroka menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan asas sebelum memasuki sekolah rendah yang berhampiran. 

 

 

Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan

 

 

skfls

      

Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan, Gerik terletak di kawasan penempatan Felda Lawin Selatan kira-kira 4 kilometer dari simpang jalan besar pekan Lawin. Sebahagian besar murid-murid sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Lawin Selatan. Hanya sebahagian kecil anak-anak dari kampung yang berhampiran bersekolah di sini. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kenering dari tahun 1987 hingga ke tahun 1988. Pada waktu itu terdapat seramai 8 orang guru dan kira-kira 180 orang murid. Mereka bersekolah pada sesi petang. Encik Tajuddin b. Mahmud merupakan Guru Besar yang pertama. Pada 3hb Januari 1989 sekolah ini telah berpindah ke kawasan penempatan Felda Lawin Selatan sendiri. Sekolah pada waktu itu menggunakan 2 buah bangunan kayu yang dipinjamkan oleh pihak pengurusan Felda. Pertambahan murid menyebabkan pihak sekolah dan PIBG telah bergotong-royong membina sebuah lagi bangunan kayu sebagai tambahan kepada bangunan sedia ada. Kementerian Pelajaran pula telah membina sebuah lagi bangunan separa batu. Ini menjadikan sekolah ini mempunyai 4 buah blok bangunan. Sekolah ini menumpang di bangunan Felda selama 5 tahun (1989-1994). Pada 1hb Disember 1995 sekolah ini berpindah ke bangunan baru di kawasan yang sama. Ianya terdiri dari 3 blok dua tingkat dan sebuah kantin dengan dinaikkan taraf ke sekolah gred A luar bandar. Dengan adanya bangunan baru ini, maka sebuah blok separa batu di atas telah diubah-suai menjadi dewan.

 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering 

10624823 990908507603536 2539426772039601501 n

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering atau nama ringkasnya SMK Kenering, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Lawin. Pada 1 Disember 1988, sekolah ini mula menerima pelajar Tingkatan Satu seramai 104 orang dan enam guru di bawah Pengetua, Shafie Abdullah. Pada ketika itu, pelajar-pelajar sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kenering di mana tiga buah kelas sahaja digunakan. Pada Januari 1992, menyaksikan pengambilan lebih ramai pelajar apabila sekolah ini menawarkan Tingkatan Satu hingga Empat dengan bilangan pelajar 430 orang dan 25 guru, diterajui oleh Serip Mohamad Ghulam. Setahun kemudiannya iaitu pada tahun 1993, SMK Kenering berpindah ke bangunannya sendiri di pekan Lawin. Beberapa blok bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pendidikan penduduk kampung sekitar Mukim Kenering serta pelajar dari Gugusan Felda Papulut dan Lawin Selatan.

 

Sekolah Agama Rakyat

 

 

DSCN3150 

Sekolah agama ini ditubuhkan pada tahun 1990 dan masih beroperasi sehingga kini. Sekolah agama rakyat ini dikendalikan oleh lima orang guru agama yang bertauliah dan berpendidikan luas dalam bidang agama. Pada tahun 2016, seramai 86 orang pelajar telah didaftarkan ke sekolah ini yang terdiri daripada 46 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan daripada perlbagai peringkat umur bermula dari umur 7 tahun sehingga 12 tahun.

 

 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

PDK

 

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini telah ditubuhkan bagi menjaga kebajikan anak-anak orang kurang upaya. Pelbagai Aktiviti telah dilaksanakan dalam memastikan pelajar PDK mendapat ilmu yang sewajarnya. Kira-Kira 15 orang pelajar yang menyertai di PDK Felda Lawin Selatan. Kebanyakan aktivti yang dijalankan berbentuk aktiviti pembelajaran teknikal.