Air Terjun 14

 

25507645 1804543372913410 8846371203267498412 n

Air Terjun 12 terletak jauh ke dalam di kawasan ladang getah di Felda Lawin Selatan. ia mengambil masa 30-45 minit jika menaiki motosikal manakala sekiranya berjalan kaki mengambil masa selama 1-2jam. Untuk sampai ke air terjun ini, perlu melepasi kawasan penempatan orang asli juga.

 

*sumber fb Tarmizi Omar

 

 

Lata Ulu Lawin

 

    LATASUNGAI

Lata Ulu Lawin dihiasi dengan longgokan batu sungai pelbagai saiz di sepanjang kawasan tebing sungai sepanjang dua km. Rimbunan pohon hijau yang tumbuh liar di sekitarnya menjadi kanopi semula jadi sebagai tempat pengunjung berteduh dan berehat dari cahaya terik matahari.Destinasi ini amat sesuai untuk percutian hujung minggu bersama keluarga memandangkan banyak kemudahan percuma disediakan oleh Majlis Daerah Gerik (MDG). Kawasan air terjun ini juga amat sesuai sebagai lokasi perkhemahan membabitkan jumlah yang besar seperti pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT).Pengunjung yang datang dengan keluarga khususnya kanak-kanak pasti akan merasa seronok bermain di air cetek dan jernih. Golongan si kecil juga boleh mandi-manda di tempat teduh daripada pancaran matahari.Jika malas membasahkan tubuh, pengunjung boleh duduk berehat di atas batu sambil melihat spesies ikan sungai termasuk sia, tengas, lampan, seluang. Ikan air tawar yang jinak ini kelihatan berebut-rebut apabila pengunjung menabur roti.

Pengunjung yang tidak membawa bekalan makanan boleh berkelah dengan singgah membeli di kedai makan berhampiran pekan Lawin.Ada juga penduduk tempatan yang membuka gerai berhampiran kawasan lata menjual makanan panas termasuk laksa utara, pisang goreng dan sebagainya.

 

 

 Lata Kulim

 

 lata kulim  

Kejernihan dan kesejukan air dari tujuh tingkat di kawasan bukit Lata Kulim, Gerik, Perak memang memukau pengunjung. Terletak kira-kira 15 kilometer (km) dari pekan Gerik dengan jarak hanya kurang dua km dari Lebuhraya Gerik-Lenggong dan di belakang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik, Lata Kulim dikelilingi pepohon hijau yang menyegarkan mata memandang.Lebih mendamaikan, bunyi deruan air terjun tujuh tingkat berbaur dengan bunyi sang unggas menghasilkan muzik rimba amat mengasyikkan. Bagi mereka yang gemar memancing, pelbagai spesies ikan seperti tengas boleh diperoleh atau sekadar melihat ikan kecil bermain-main di gigi air. Malah, ada kanak-kanak sanggup meranduk untuk menangkap ikan-ikan kecil yang galak berenang. Pengunjung boleh memilih sama ada mahu bersantai di bawah teduhan bebayang pepohon atau di atas batu besar di tepi kolam.

Lata Kulim sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan lasak menyebabkan setiap hujung minggu ada pihak sekolah terutama dari daerah Hulu Perak menganjurkan aktiviti kokurikulum untuk pelajar.Bagi pencinta seni kreatif, Lata Kulim boleh memberi 1001 ilham untuk berkarya. Kewujudan pelbagai flora dan founa termasuk bunga hutan dan unggas seperti rama-rama pelbagai corak dan warna menambahkan seri panorama tempat itu. Jika bernasib baik, anda dapat melihat kelibat gajah liar di kawasan hutan berkenaan, tetapi haiwan itu tidak pernah mengganggu penduduk kecuali mencari makanan. Di musim buah-buahan, anda boleh memakan sepuas hati durian, rambutan, cempedak dan dokong atau membawa pulang dengan harga berpatutan.

 

 

* sumber:  portal Majlis Daerah Gerik