Tarikh                      : 03 Oktober 2024
 Masa   : 04.30 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Projek buku skrap oleh pelajar sekolah rendah darjah 4. Pelajar perlu mambuat buku skrap sejarah sekurang-kurangnya 2 mukasurat ke atas. Projek buku skrap boleh dibuat secara manual dengan menggunakan kertas warna, pensil warna atau pelajar juga boleh mencetak menggunakan komputer. Petugas NADI membantu pelajar menyediakan buku skrap menggunakan microsoft word. Projek buku skrap ini secara tidak langsung menambahkan pengetahuan ICT kepada pelajar.

Aktiviti:

-Pelajar perlu memastikan tajuk buku skrap sesuai dengan tema yang diberikan oleh guru.

-Mengumpul maklumat, gambar, dan fakta yang berkaitan dengan tema. Pelajar merujuk buku dan internet.

-Membuka microsoft word dan memilih halaman baru. Menaip tajuk buku skrap dan memilih font yang sesuai.

-Pelajar turut memasukkan gambar berkaitan dengan tema buku skrap seperti gambar keris dan bangunan bersejarah.

-Menambahkan teks untuk menerangkan gambar atau kenangan yang ada dalam buku skrap.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 02 Oktober 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.45 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Melaksanakan bengkel canva bersama Unit Media RELA. Bertujuan untuk membuat poster berkenaan Ujian Kemahiran Menembak RELA yang bakal diadakan. Petugas NADI membantu memberi tunjuk ajar cara penggunaan canva.

Aktiviti:

-Log masuk atau daftar akaun jika belum mempunyai akaun canva.

-Mencari template poster sedia ada di canva sebagai contoh rujukan. Pengguna memilih templat yang sesuai dengan tema poster.

-Menambahkan imej petugas RELA untuk dijadikan latarbelakang poster dengan cara klik pada tab Uploads di bahagian kiri dan muat naik gambar.

-Pengguna boleh menggunakan Elements untuk mencari ikon atau grafik yang boleh bersesuaian.

-Menambahkan column teks untuk memasukkan tarikh serta masa ujian kemahiran dilaksanakan. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 26 September 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pengguna hadir ke NADI untuk menyertai online meeting yang dilaksanakan menggunakan platform microsoft teams. Microsoft Teams menyediakan fungsi rakaman mesyuarat, di mana sesi mesyuarat boleh dirakam dan disimpan

Aktiviti:

-Pengguna boleh terus menggunakan aplikasi Microsoft Teams sedia ada di dalam pc.

-Membuka pautan mesyuarat yang telah diterima melalui emel.

-Pengguna akan diberi pilihan untuk mengaktifkan atau mematikan kamera dan mikrofon.

-Pengguna boleh menggunakan fungsi chat untuk menghantar mesej teks, pautan, atau fail kepada peserta lain.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 02 Oktober 2024
 Masa   : 09.30 am - 10.30 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Bertujuan membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar lepasan STPM yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran untuk menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Permohonan adalah secara atas talian. Bengkel ini juga dapat membantu pelajar menyesuaikan diri untuk menggunakan pelbagai website yang bakal mereka guna di universiti nanti. 

Aktiviti:

-Bantu pelajar mendaftar dan memasukkan maklumat-maklumat peribadi, maklumat pengajian.

-Pelajar perlu memastikan makkumat yang diisi adalah tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.

-Memuatnaik sebarang dokumen yang diperlukan.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 23 September 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pengguna hadir ke NADI untuk mendaftar Sistem Pengurusan IDentiti idMe KPM, bertujuan untuk membolehkan pendaftaran murid tahun 1 sesi 2025 dilakukan.

Aktiviti:

-Buka pelayar web dan layari laman rasmi IDME KPM.

-Klik pada bahagian "Daftar Akaun Baru" untuk pengguna kali pertama. Bagi pengguna yang telah mendaftar sebelum ini, hanya log masuk menggunakan ID dan kata laluan sedia ada.

-Mengisi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun baharu seperti nama penuh, nombor mykad ibubapa/penjaga, emel yang aktif, nombor telefon.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori