Tarikh                      : 26 September 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pengguna hadir ke NADI untuk menyertai online meeting yang dilaksanakan menggunakan platform microsoft teams. Microsoft Teams menyediakan fungsi rakaman mesyuarat, di mana sesi mesyuarat boleh dirakam dan disimpan

Aktiviti:

-Pengguna boleh terus menggunakan aplikasi Microsoft Teams sedia ada di dalam pc.

-Membuka pautan mesyuarat yang telah diterima melalui emel.

-Pengguna akan diberi pilihan untuk mengaktifkan atau mematikan kamera dan mikrofon.

-Pengguna boleh menggunakan fungsi chat untuk menghantar mesej teks, pautan, atau fail kepada peserta lain.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 23 September 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pengguna hadir ke NADI untuk mendaftar Sistem Pengurusan IDentiti idMe KPM, bertujuan untuk membolehkan pendaftaran murid tahun 1 sesi 2025 dilakukan.

Aktiviti:

-Buka pelayar web dan layari laman rasmi IDME KPM.

-Klik pada bahagian "Daftar Akaun Baru" untuk pengguna kali pertama. Bagi pengguna yang telah mendaftar sebelum ini, hanya log masuk menggunakan ID dan kata laluan sedia ada.

-Mengisi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun baharu seperti nama penuh, nombor mykad ibubapa/penjaga, emel yang aktif, nombor telefon.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                    : 27 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Aktiviti pembelajaran secara e-learning di YouTube. Menonton video berkenaan subjek sejarah tahun 6 dan mencari maklumat berkaitan subjek untuk tugasan sekolah. 

Aktiviti:

-Membuka YouTube dan menaip kata kunci untuk video subjek Sejarah tahun 6.

-Memilih video berkenaan topik pembentukan Malaysia. 

-Antara kelebihan menggunakan YouTube untuk e-learning adalah video di YouTube boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet. Ini memudahkan pelajar belajar mengikut jadual mereka sendiri.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 09 September 2024
 Masa   : 09.00am - 01.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Sesi taklimat pendaftaran perniagaan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kolaborasi bersama NADI. Membantu usahawan baru dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan perniagaan dengan cara yang sah.

Aktiviti:

-Pegawai SSM memberi penerangan tentang cara-cara mendaftarkan perniagaan sama ada sebagai milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.

-Usahawan akan didedahkan kepada hak-hak mereka sebagai pemilik perniagaan, serta tanggungjawab sebagai majikan dan peniaga.

-SSM menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPTA / IPTS.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 21 September 2024
 Masa   : 03.30 pm - 04.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Membuat permohonan bantuan pendidikan serta membuat semakan kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi ambilan sesi 1 2024/2025. Permohonan bantuan dan semakan pengambilan adalah secara atas talian.

Aktiviti:

-Memastikan semua maklumat wajib pemohon tepat bagi mengelakkan sebarang permasalahan sewaktu proses pendaftaran di UPSI.

-Mencetak keluar surat tawaran serta pelekat kenderaan untuk hari pendaftaran.

-Pelajar mengisi permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak di laman web rasmi yayasanperak. Seterusnya, mencetak keluar permohonan serta senarai semak dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori