Tarikh                      : 07 September 2024
 Masa   : 09.00 am - 01.00 pm
 Lokasi : Lata Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Program Santai Hari Malaysia dan Merdeka Ride diadakan di Lata Felda Lawin Selatan. Terdapat pelbagai acara pertadingan menarik yang dijalankan terbuka kepada semua warga sekitar Lawin, NADI dijemput menjadi juri untuk pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan dewasa. 

Aktiviti:

Antara acara pertandingan yang diadakan adalah :

-Pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa

-Pertandingan karaoke lagu patriotik

-Pertandingan tumbuk sambal belacan dan masak lemak pucuk ubi

-Pertandingan motosikal lambat

-Netball shooter terbuka kepada wanita dewasa

-Acara semakin jauh semakin sayang

-Tukar minyak hitam secara percuma terhad kepada 200 unit motosikal terawal

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 08 September 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

NADI mengadakan pertandingan mencipta buku skrap bertemakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Peserta menggunakan Canva untuk mencipta buku skrap.

Aktiviti:

-Log masuk atau daftar akaun jika belum mempunyai akaun canva.

-Mencari template scrapbook atau buku skrap. Peserta memilih templat yang sesuai dengan citarasa dan tema buku skrap merdeka.

-Menambahkan imej dengan cara klik pada tab Uploads di bahagian kiri dan muat naik gambar-gambar yang ingin dimasukkan dalam buku skrap.

-Peserta boleh menggunakan Elements untuk mencari pelekat, bingkai, ikon, dan corak yang boleh mempercantik buku skrap.

-Menambahkan teks untuk menerangkan gambar atau kenangan yang ada dalam buku skrap.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 05 September 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.30 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pelajar universiti hadir ke NADI untuk membuat permohonan biasiswa bantuan pendidikan. Pelajar membuat permohonan biasiswa dari yayasan perak dan maipk. Bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar terutamanya pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Selain itu dapat memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan memperoleh pencapaian cemerlang. 

Aktiviti:

-Petugas membantu pelajar untuk mengisi maklumat permohonan.

-Pelajar perlu memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang diberikan sebelum membuat permohonan. 

-Mengisi maklumat peribadi, maklumat ibubapa, ahli keluarga, pendapatan isi rumah.

-Petugas membantu pelajar memuat naik dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, penyata bank, slip pengesahan gaji ibubapa.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 06 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Petugas membantu pelajar untuk memohon baucar buku. Baucar Buku Delima KPM merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan atau alat pembelajaran dengan lebih mudah. 

Aktiviti:

-Sasaran penerima baucar buku adalah murid yang berasal daripada keluarga B40 (berpendapatan rendah) atau mereka yang layak menerima bantuan di bawah skim tertentu KPM.

-Pelajar perlu mengakses laman web DELIMa dan memasukkan kata laluan yang telah diberikan oleh guru kelas atau bahagian pentadbiran sekolah. 

-Baucar ini hanya sah untuk tempoh tertentu, dan pelajar perlu memanfaatkannya sebelum tarikh luput.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 08 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

NADI mengadakan pertandingan kuiz bertemakan Hari Malaysia terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan kuiz ini menguji pemahaman dan pengetahuan peserta tentang Hari Malaysia. Selain itu juga dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. 

Aktiviti:

-Petugas membuka link kuiz di PC.

-Peserta perlu memasukkan nama masing-masing di kolum yang disediakan. 

-Peserta menjawab semua soalan kuiz secara atas talian. 

-Pemenang adalah berdasarkan berapa banyak soalan yang dijawab dengan betul.

-Petandingan kuiz santai ini sekaligus dapat membantu meningkatkan pengetahuan asas ICT pelajar.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori