Tarikh | : 28 Julai 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Menonton aktiviti STEM iaitu permainan lambung dan hitung yang berkaitan subjek matematik untuk pelajar sekolah rendah.
Aktiviti:
- Petugas mencari bahan tontonan STEM di youtube.
-Permainan ini berfokus kepada aktiviti membilang dan mengira, mengenal nombor dan juga meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat operasi tambah, tolak dan darab.
-Aktiviti STEM ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan. Peserta yang menyelesaikan semua operasi tambah, tolak dan darab dikira sebagai pemenang.
Tarikh | : 27 Julai 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Meningkatkan kemahiran komuniti untuk memasukkan data ke dalam microsoft excel. Bengkel terbuka kepada semua golongan.
Aktiviti:
-Peserta perlu mengisi data untuk Ahli Jawatankuasa Kampung.
-Antara data yang perlu dimasukkan seperti nama, no kad pengenalan, umur. Data perlu dimasukkan mengikut kolum yang betul.
-Mengedit dan mengubah data :- Mengedit data dalam sel, menggunakan fungsi cut, copy, dan paste.
-Format sel dan data :- Menggunakan format teks (font, warna, bold, italic), menyesuaikan lebar kolum dan tinggi baris.
-Pengurusan data :- Menggunakan sort dan filter untuk mengatur dan mencari data.
Tarikh | : 21 Julai 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.45 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Pelajar sekolah menengah menggunakan kemudahan fasiliti di NADI untuk menyiapkan tugasan pembentangan subjek matematik tingkatan 2.
Aktiviti:
-Menggunakan kemudahan pc dan internet untuk mencari maklumat tugasan subjek matematik.
-Guna kemudahan printing yang disediakan untuk print out tugasan.
-NADI menyediakan kemudahan fasiliti dan tempat yang selesa untuk memudahkan pelajar datang bagi membuat tugasan dan pelbagai aktiviti pendidikan dan pembelajaran.
Tarikh | : 26 Julai 2024 |
Masa | : 09.30 am - 12.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid Darjah 6 SK FLS |
Tujuan:
Menyediakan kemudahan internet dan PC kepada murid darjah 6 Sekolah Rendah Felda Lawin Selatan untuk menjawab ujian pentaksiran yang diadakan secara online (atas talian).
Aktiviti:
-Pendaftaran masuk menggunakan email dan password yang disediakan oleh pihak sekolah.
-Antara soalan yang perlu dijawab terdiri daipada subjek sains, matematik, bahasa dan kewangan.
-Antara tujuan ujian ini dilaksanakan adalah : Mengukur penguasaan pelajar dalam mata pelajaran asas, menilai kemampuan pelajar dalam membaca, menulis, dan memahami teks, menilai kemahiran pelajar dalam berfikir secara kritis dan kreatif, serta menyelesaikan masalah.
Tarikh | : 20 Julai 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 04.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
NADI melaksanakan kelas asas cara penggunaan google drive di PC. Google Drive boleh digunakan untuk menyimpan, berkongsi, dan mengurus dokumen secara dalam talian.
Aktiviti:
-Pengguna perlu mengakses google drive melalui pelayar web google chrome dan log masuk menggunakan akaun google pengguna.
-Pengguna boleh memuat naik fail dengan cara klik butang 'baru', pilih 'muat naik fail' dan pilih fail yang ingin dimuat naik dari PC.
-Pengguna juga boleh membuat dokumen baru dengan cara klik butang 'baru' seterusnya memilih jenis dokumen yang diingini, seperti Google Docs, Google Sheets, atau Google Slides.