Tarikh | : 14 Julai 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
NADI melaksanakan aktiviti mencipta poster untuk produk jualan terbuka kepada usahawan dan komuniti Felda Lawin Selatan.
Aktiviti:
-Peserta menggunakan canva untuk mengedit gambar produk jualan.
-Peserta mendaftar akaun canva terlebih dahulu. Petugas membantu peserta untuk menunjukkan langkah memuatnaik gambar produk dari dalam pc ke canva.
-Selepas itu, peserta membuat huraian ringkas tentang produk jualan menggunakan microsoft word.
-Peserta mencetak poster produk jualan.
-Kelas ini meningkatkan pengetahuan usahawan dalam bidang ICT sekaligus boleh membantu mengembangkan perniagaan mereka.