Tarikh                      : 10 Julai 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti / Usahawan

 

 

Tujuan: 

Membantu usahawan untuk mengembangkan peluang perniagaan e-dagang di platform shopee. Antara kelebihan usahawan menjual di platform e-dagang adalah usahawan boleh menawarkan produk atau servis mereka di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa kerana kedai online boleh diakses 24 jam.

Aktiviti:

-Mencipta akaun jualan shopee.

-Mengisi maklumat seperti nama kedai, alamat, maklumat ssm.

-Memasukkan produk, membuat voucher.

-Kursus asas shopee ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada mana-mana usahawan yang baru ingin bermula atau sudah pernah membuat jualan di shopee.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 09 Julai 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar Tingkatan Enam

 

 

Tujuan:

Pelajar datang ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan dan fasiliti bagi menyiapkan tugasan kerja kursus.

Aktiviti:

-Pelajar perlu menyiapkan tugasan kerja kursus subjek seni tingkatan enam.

-Pelajar mencari mencari gambar kemudian menggunakan servis printing di NADI. Gambar digunakan sebagai rujukan,

-Kemudahan fasiliti seperti kerusi dan meja di NADI bantu pelajar untuk membuat tugasan dengan selesa. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                    : 05 Julai 2024
 Masa   : 03.00 pm - 04.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Belajar secara e-learning di YouTube. Melihat video berkenaan subjek sains tahun 3. 

Aktiviti:

-Membuka YouTube dan menaip kata kunci untuk video subjek Sains tahun 3.

-Memilih video berkenaan topik proses pencernaan didalam tubuh badan manusia. 

-Video yang menggunakan grafik dan suara lebih memberi kefahaman kepada pelajar berbanding video yang tidak mempunyai sebarang grafik atau ilustrasi. 

-Antara kelebihan menggunakan YouTube untuk e-learning adalah video di YouTube boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet. Ini memudahkan pelajar belajar mengikut jadual mereka sendiri.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                    : 08 Julai 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Membuat permohonan subsidi diesel melalui Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI MADANI). Program Bantuan Subsidi Madani untuk diesel merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan tertentu, terutama dalam sektor pengangkutan dan perindustrian, mengurangkan beban kos bahan bakar.

Aktiviti:

-Buka pelayar internet dan akses laman web rasmi Budi Madani.

-Klik pada pautan "Daftar Akaun Baru" atau "Pendaftaran" dan isi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel, dan kata laluan.

-Klik pada pautan "Permohonan Baru" atau "Mohon Sekarang" di bawah subsidi diesel.

Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 02 Julai 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Bengkel membuka akaun media sosial (Facebook) kepada pelajar sekolah rendah.  

Aktiviti:

-Peserta perlu mendaftar akaun Facebook menggunakan email. Sekiranya tiada email, petugas akan membantu peserta untuk mencipta email terlebih dahulu.

-Peserta memasukkan 'username' dan kata laluan.

-Petugas membantu peserta memuatnaik gambar profil yang bersesuaian.

-Peserta perlu menggunakan akaun media sosial dengan baik, untuk tujuan pembelajaran dan berkomunikasi. Peserta perlu berwaspada dan berhati-hati agar tidak terperangkap dengan penipuan dalam media sosial.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori