Tarikh | : 19 Jun 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Belajar secara e-learning di YouTube. Pelajar tahun 6 ingin belajar tentang formula pengiraan mudah Matematik di YouTube.
Aktiviti:
-Membuka YouTube dan menaip kata kunci untuk video subjek Matematik Tahun 6.
-Memilih video yang bersesuaian.
-Pelajar boleh mengaplikasi formula pengiraan untuk memudahkan pemahaman dalam subjek Matematik.
-Antara kelebihan menggunakan YouTube untuk e-learning adalah video di YouTube boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet. Ini memudahkan pelajar belajar mengikut jadual mereka sendiri.
Tarikh | : 18 Jun 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Menonton aktiviti STEM ringkas dan mudah berkaitan subjek sains untuk pelajar sekolah rendah.
Aktiviti:
- Petugas mencari bahan tontonan STEM di youtube.
-Eksperimen bertajuk Magic Finger berkaitan dengan konsep ketegangan permukaan.
-Aktiviti STEM yang mudah dan menarik minat pelajar untuk mempraktikkannya menggunakan bahan-bahan yang ringkas da mudah diperoleh.
Tarikh | : 14 Jun 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Aktiviti santai e-sport dan e-learning di NADI Felda Lawin Selatan. E-sport merujuk kepada sukan elektronik yang melibatkan permainan video secara kompetitif, di mana pemain atau pasukan pemain bersaing dalam pelbagai jenis permainan video.
Aktiviti:.
-E-sport santai merujuk kepada aktiviti permainan video yang dilakukan secara tidak formal dan lebih untuk keseronokan, hiburan, dan interaksi sosial.
-Permainan kasual dengan kawan seperti FIFA, Mario Kart, atau Super Smash Bros.
-Acara meet up iaitu berkumpul dengan komuniti permainan di acara-acara tempatan untuk bermain bersama dan bersosial.
-Mengadakan sesi latihan permainan bersama rakan tanpa tekanan kompetitif, berkongsi tips dan strategi dalam suasana santai.
Tarikh | : 16 Jun 2024 |
Masa | : 04.30 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Asas menggunakan whatsapp web di pc untuk menghantar mesej, gambar, dokumen dan sebagainya.
Aktiviti:
-Membuka whatsapp web di pc.
-Membuka peranti terpaut di whatsapp telefon pintar untuk memautkan peranti dengan pc.
-Semua mesej akan terpapar di pc. Pengguna boleh menghantar mesej secara terus di pc, menghantar gambar, video atau dokumen dengan lebih mudah.
Tarikh | : 12 Jun 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Aktiviti santai bersama pelajar sekolah rendah. NADI mengadakan kelas asas Microsoft PowerPoint bertujuan meningkatkan kemahiran asas ICT pelajar.
Aktiviti:
-Aktiviti asas seperti menaip tajuk di slide powerpoint menggunakan font yang sesuai.
-Meringkaskan ayat panjang untuk dimasukkan ke dalam slide dalam bentuk point yang mudah difahami.
-Cara menukar saiz dan jenis font.
-Memasukkan gambar ringkas supaya slide lebih menarik.