Tarikh                      : 13 Julai 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

NADI melaksanakan bengkel pendaftaran SSM terbuka kepada usahawan yang ingin mendaftar perniagaan mereka. Di Malaysia, setiap usahawan wajib mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdasarkan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Mendaftar dengan SSM memberikan status sah kepada perniagaan di mata undang-undang.

Aktiviti:

-Usahawan perlu mendaftar akaun ezbiz terlebih dahulu. Memasukkan maklumat diri (nama mengikut ic, alamat kediaman).

-Membuat pengesahan diri, memuatnaik ic depan dan belakang, dokumen tambahan seperti kesen memandu.

-Selepas selesai pengesahan, usahawan boleh mengisi maklumat perniagaan (nama perniagaan, alamat perniagaan).

-Mencetak sijil SSM dan maklumat-maklumat perniagaan.

 

Gambar Disini