Tarikh : 16 Oktober 2017
Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
Peserta : Pelajar Tingkatan 2
Tujuan :
Kelas Adobe Kali ini bersama pelajar dalam menghasilkan gambar berukuran ic. Hasil daripada kelas pelajar dapat membuat gambar ukuran ic dengan cara yang mudah dan jimat
Aktiviti :
Teknik duplicate layer didedahkan kepada pelajar untuk menghasilkan gambar yang banyak. Pelajar juga menggunakan tool crop untuk resize backgroun berwarna biru mengikut spesifikasi ukuran gambar Malaysia. Selain itu, penggunaan qick selection tools , cara save gambar, move tools turut dilakukan oleh pelajar.
Tarikh : 7 Oktober 2017
Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
Peserta : Pelajar Tingkatan 2 & Darjah 6
Tujuan :
Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pelajar kegunaan item di dalam menu bar File,iaitu place. Selain itu untuk memantapkan tahap penguasaan pelajar menggunakan tools dan element di dalam adobe photoshop c6.
Aktiviti :
Pelajar menggunakan size International Paper (A4). Kegunaan place dapat mencantikkan tulisan dengan memasukkan background ke dalam tulisan dan menggunakan Clipping mask untuk menyatukan tulisan dan background ke dalamnya. Poster kali ini bertemakan Ceramah Agama. Pelajar turut menggunakan quick selection tools untuk memastikan hanya gambar yang perlu sahaja dimasukkan ke dalam poster. Selain itu, pelajar juga menggunakan refine edge untuk memberi kekemasan terakhir kepada spesifik gambar yang dipilih.
Tarikh : 29 Ogos 2017
Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
Peserta : Pelajar Tingkatan 2
Tujuan :
Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar selain menggunakan software dan applikasi lain dalam menghasilkan poster, adobe photoshop juga dapat menghasilkan poster yang sangat menarik dan cantik. Selain itu, mendedahkan pelajar kepada asas yang terdapat di dalam adobe photoshop.
Aktiviti:
Asas yang diajarkan kepada pelajar ialah cara memasukkan background,cara memilih spesifik gambar, dan cara memasukkan tulisan di dalam poster. Pelajar juga didedahkan dengan sebahagian fungsi elemen di dalam adobe photoshop. Kelas Adobe Photoshop kali ini bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60!