Tarikh                      : 25 Ogos 2024
 Masa   : 09.30 am - 12.00 pm
 Lokasi : Kg Rancangan Merah
 Peserta : Komuniti Kg Rancangan Merah

 

 

Tujuan: 

NADI Felda Lawin Selatan dijemput untuk memberi taklimat berkenaan NADI kepada komuniti MADANI Kg Rancangan Merah bersempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) bersama Jabatan Penerangan. 

Aktiviti:

-Aktiviti gotong royong dilaksanakan bersama penduduk Kg Rancangan Merah.

-Selepas itu Pengurus NADI Felda Lawin Selatan, Pn Azizan binti Md Zabidi memberi penerangan tentang perkhidmatan di NADI, kelas ICT, kelas usahawan dan sebagainya.

-Selain itu pengurus NADI turut memberi penerangan berkenaan masalah scam yang semakin berleluasa serta langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari menjadi mangsa scam. 

-Program ini membantu menyebarkan fungsi NADI kepada masyarakat dengan lebih meluas serta meningkatkan bilangan ahli NADI. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 24 Ogos 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Bengkel penulisan resume untuk belia Felda Lawin Selatan yang sedang ingin memohon pekerjaan baru. 

Aktiviti:

-Pemilihan template resume yang bersesuaian dan formal di Microsoft Word.

-Penggunaan format tulisan mudah dibaca dengan menggunakan huruf dan saiz fon yang jelas untuk memudahkan pihak penemuduga membaca resume.

-Memasukkan pengalaman kerja yang lepas dan menerangkan secara ringkas tugas dan tanggungjawab. Selain itu, maklumat kemahiran juga adalah penting supaya penemuduga dapat melihat kelebihan yang ada pada calon seperti kemahiran menggunakan software.

-Peserta juga perlu memasukkan gambar terkini serta maklumat terkini untuk dihubungi seperti nombor telefon, email.

 

 Gambar Disini


 

Tarikh                    : 15 Ogos 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

 

Tujuan:

Pelajar menggunakan kemudahan PC dan internet di NADI untuk menjawab soalan kaji selidik Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan Di Sekolah KPM 2024. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap perpaduan dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia.

Aktiviti:

-Membuka link soalan kaji selidik di PC.

-Teliti soalan kajian dengan cermat untuk memahami apa yang diminta. Pelajar perlu jelas mengenai setiap istilah dan konsep yang digunakan.

-Sebelum menghantar jawapan, pelajar perlu menyemak semula untuk memastikan tiada kesilapan dan semua soalan kaji selidik telah dijawab dengan lengkap.

-Kaji selidik ini membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru mengenai kepentingan perpaduan nasional.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 23 Ogos 2024
 Masa   : 10.00am - 11.30 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Bengkel terbuka kepada bakal pengantin yang ingin membuat permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian melalui portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). 

Aktiviti:

-Pendaftaran akaun pengguna. Peserta perlu mendaftar akaun pengguna di laman web SPPIM yang melibatkan penyediaan butiran peribadi dan maklumat lain yang diperlukan.

-Peserta perlu memasukkan makumat pengantin lelaki dan perempuan seperti nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan.

-Memasukkan tarikh rancangan nikah, maklumat kariah serta maklumat wali.

-Pengesahan maklumat. Peserta perlu membuat pengesahan untuk memastikan bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 17 Ogos 2024
 Masa   : 09.30 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Tujuan utama kursus adalah untuk memastikan makanan yang disediakan selamat untuk dimakan dan mematuhi standard kesihatan serta keselamatan yang ditetapkan. Melalui kursus ini, pengendali makanan perlu memahami prinsip-prinsip keselamatan makanan untuk mengelakkan risiko keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan seperti jangkitan salmonella. Kursus ini turut memberi penekanan kepada kepentingan kebersihan diri dan premis dalam memastikan keselamatan makanan.  

Aktiviti:

-Peserta menyertai kursus melalui link zoom yang disediakan oleh pihak pengurusan kursus. 

-Tenaga pengajar memberi penerangan berkenaan asas keselamatan makanan seperti cara menyimpan makanan pada suhu yang betul. 

-Menerangkan kepentingan amalan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan betul, menggunakan pakaian perlindungan, memastikan kebersihan alat serta peralatan dapur.

-Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan setelah tamat setiap topik.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori