Tarikh                      : 08 Ogos 2024
 Masa   : 10.30 am - 12.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Bengkel ini diadakan untuk membantu pelajar IPTA/IPTS yang ingin membuat permohonan pembiayaan pendidikan. Yayasan Perak dan MAIPk menyediakan bantuan kewangan khususnya kepada pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa perlu risau tentang masalah kewangan. 

Aktiviti:

-Pelajar memohon Insentif Siswa Yayasan Perak secara online di laman web Yayasan Perak.

-Pelajar perlu mengisi semua maklumat secara lengkap sebelum menghantar permohonan bagi mengelakkan permohonan ditolak.

-Pelajar turut membuat permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran di laman web Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

-Pelajar perlu memuat naik dokumen seperti kad pengenalan, surat tawaran, penyata bank untuk rujukan pihak MAIPk.

 

Gambar Disini