Tarikh | : 06 Ogos 2024 |
Masa | : 03.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Pengguna hadir ke NADI untuk membuka dan menyemak email bagi penempatan pekerjaan baru.
Aktiviti:
-Mengakses akaun gmail menggunakan google chrome.
-Mendaftar masuk ke akaun gmail menggunakan email dan password peribadi.
-Membuka link yang diterima untuk mengetahui maklumat penempatan pekerjaan.
Tarikh | : 05 Ogos 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
NADI mengadakan bengkel untuk pendaftaran pernikahan online terbuka kepada komuniti Felda Lawin Selatan. Pendaftaran boleh dilakukan di laman web SPPIM. Peserta boleh mengajukan pertanyaan yang berkaitan kepada petugas NADI.
Aktiviti:
-Pemeriksaan dokumen. Peserta diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan secara dalam talian, seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan perkahwinan.
-Peserta perlu mengisi semua maklumat pengantin lelaki, maklumat pengantin perempuan, tempat untuk melaksanakan akad nikah serta maklumat wali.
-Pengesahan maklumat. Peserta perlu membuat pengesahan untuk memastikan bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah sebelum menghantar.
Tarikh | : 03 Ogos 2024 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Mencari bahan rujukan untuk melaksanakan aktiviti STEM di sekolah. Pelajar menonton aktiviti STEM berkaitan eksperimen sains di youtube
Aktiviti:
-Pelajar mencari bahan tontonan STEM di youtube. Aktiviti ini berfokus kepada eksperimen sains mudah dan ringkas.
-Pelajar perlu mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen.
-Pelajar juga merujuk contoh eksperimen yang telah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah lain.
Tarikh | : 04 Ogos 2024 |
Masa | : 02.00 pm - 04.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2025 melalui portal pekebun kecil RISDA. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah salah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) untuk membantu pekebun kecil menghadapi cabaran semasa musim tengkujuh. BMT bertujuan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil yang terjejas oleh musim tengkujuh, terutamanya mereka yang kehilangan pendapatan akibat daripada cuaca buruk yang mengganggu aktiviti pertanian dan pengeluaran getah.
Aktiviti:
-Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat : Pekebun kecil perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat terkini terlebih dahulu.
-Pengguna perlu mengemaskini maklumat profil pengguna dan maklumat tanah, selepas itu membuat permohonan baru untuk bantuan musim tengkujuh.
-Antara dokumen yang perlu dimuatnaik adalah kad pengenalan pemilik tanah, salinan geran tanah pertanian dan salinan maklumat akaun bank.
Tarikh | : 02 Ogos 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
NADI mengadakan pertandingan cipta poster hari kemerdekaan, terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Aktiviti:
-Peserta mendaftar masuk ke akaun canva menggunakan email masing-masing.
-Peserta memilih template poster yang bersesuaian dengan tema hari kemerdekaan.
-Mengubahsuai jenis font, memasukkan ilustrasi tema merdeka.
-Petugas membantu menjawab semua pertanyaan dari peserta berkaitan cara menggunakan canva.
-Aktiviti ini membolehkan peserta mengembangkan kreativiit mereka untuk mencipta poster yang menarik dan menepati tema.