Tarikh | : 06 Oktober 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Aktiviti santai e-sport bertujuan mengangkat permainan video dari sekadar permainan hiburan kepada permainan profesional dan kompetitif. E-sukan dapat meningkatkan kemahiran pemain, termasuk strategi, pemikiran kritikal, dan kecekapan teknikal dalam permainan.
Aktiviti:.
-E-sukan membuka peluang kepada pemain untuk menunjukkan bakat mereka di peringkat negeri dan antarabangsa.
-Pemain belajar cara berkomunikasi dengan baik dalam pasukan, membina kemahiran sosial, dan belajar untuk bekerjasama secara harmoni dengan orang lain, walaupun mereka berada dalam talian.
-E-sukan membina komuniti yang besar dan menghubungkan pemain serta peminat dari seluruh dunia.
Tarikh | : 05 Oktober 2024 |
Masa | : 05.00 pm - 06.30 pm |
Lokasi | : Felda Lawin Utara |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Utara & Ulu Kenderong |
Tujuan:
NADI Felda Lawin Selatan dijemput untuk memberi taklimat berkenaan NADI kepada Komuniti MADANI Ulu Kenderong bersempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) bersama Jabatan Penerangan Gerik. Program dijalankan di Dewan Orang Ramai Felda Lawin Utara. Pelbagai aktiviti menarik diadakan.
Aktiviti:
-Taklimat penerangan dari NADI berkenaan 5 perkhidmatan pintar NADI serta kelebihan mendaftar menjadi ahli NADI.
-Selain itu, penerangan tentang perkhidmatan di NADI, kelas ICT, kelas usahawan dan sebagainya.
-Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sekolah rendah Tahap 1 dan Tahap 2.
-Pertandingan memanah, pertandingan masak lemak cili padi, wayang pacak dan sebagainya.
-Program ini membantu menyebarkan fungsi NADI kepada masyarakat dengan lebih meluas serta meningkatkan bilangan ahli NADI.
Tarikh | : 02 Oktober 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.45 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Melaksanakan bengkel canva bersama Unit Media RELA. Bertujuan untuk membuat poster berkenaan Ujian Kemahiran Menembak RELA yang bakal diadakan. Petugas NADI membantu memberi tunjuk ajar cara penggunaan canva.
Aktiviti:
-Log masuk atau daftar akaun jika belum mempunyai akaun canva.
-Mencari template poster sedia ada di canva sebagai contoh rujukan. Pengguna memilih templat yang sesuai dengan tema poster.
-Menambahkan imej petugas RELA untuk dijadikan latarbelakang poster dengan cara klik pada tab Uploads di bahagian kiri dan muat naik gambar.
-Pengguna boleh menggunakan Elements untuk mencari ikon atau grafik yang boleh bersesuaian.
-Menambahkan column teks untuk memasukkan tarikh serta masa ujian kemahiran dilaksanakan.
Tarikh | : 03 Oktober 2024 |
Masa | : 04.30 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Projek buku skrap oleh pelajar sekolah rendah darjah 4. Pelajar perlu mambuat buku skrap sejarah sekurang-kurangnya 2 mukasurat ke atas. Projek buku skrap boleh dibuat secara manual dengan menggunakan kertas warna, pensil warna atau pelajar juga boleh mencetak menggunakan komputer. Petugas NADI membantu pelajar menyediakan buku skrap menggunakan microsoft word. Projek buku skrap ini secara tidak langsung menambahkan pengetahuan ICT kepada pelajar.
Aktiviti:
-Pelajar perlu memastikan tajuk buku skrap sesuai dengan tema yang diberikan oleh guru.
-Mengumpul maklumat, gambar, dan fakta yang berkaitan dengan tema. Pelajar merujuk buku dan internet.
-Membuka microsoft word dan memilih halaman baru. Menaip tajuk buku skrap dan memilih font yang sesuai.
-Pelajar turut memasukkan gambar berkaitan dengan tema buku skrap seperti gambar keris dan bangunan bersejarah.
-Menambahkan teks untuk menerangkan gambar atau kenangan yang ada dalam buku skrap.
Tarikh | : 02 Oktober 2024 |
Masa | : 09.30 am - 10.30 am |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Bertujuan membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar lepasan STPM yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran untuk menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Permohonan adalah secara atas talian. Bengkel ini juga dapat membantu pelajar menyesuaikan diri untuk menggunakan pelbagai website yang bakal mereka guna di universiti nanti.
Aktiviti:
-Bantu pelajar mendaftar dan memasukkan maklumat-maklumat peribadi, maklumat pengajian.
-Pelajar perlu memastikan makkumat yang diisi adalah tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.
-Memuatnaik sebarang dokumen yang diperlukan.