Tarikh                      : 10 November 2024
 Masa   : 10.00 am - 01.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Pemeriksaan kesihatan kendiri untuk komunti Felda Lawin Selatan dan komuniti sekitar. Pemeriksaan adalah percuma kepada ahli NADI. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kesihatan serta akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti untuk setiap individu dan komuniti. Ujian kesihatan kendiri juga membantu mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah, atau kolesterol tinggi. Pengesanan awal meningkatkan peluang rawatan berkesan dan mencegah komplikasi.

Aktiviti:.

-Menyediakan kemudahan peralatan saringan kesihatan kendiri yang sesuai untuk membantu memperkasakan komuniti dalam membuat saringan kesihatan secara konsisten.

-Komuniti boleh melakukan penilaian kesihatan kendiri termasuk tekanan darah, BMI (Indeks Jisim Badan), dan bacaan gula dan kolesterol pada masa yang sesuai untuk mereka

-Petugas membantu komuniti memasang peralatan bacaan tekanan darah pada lengan individu.

-Petugas akan merekodkan bacaan penilaian kesihatan kendiri sebagai rekod NADI. 

-Petugas menyarankan individu yang mempunyai bacaan tidak normal untuk membuat rawatan kesihatan susulan di kilinik kesihatan terdekat.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 06 November 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI & Peserta eSports

 

 

Tujuan: 

Semua peserta yang menyertai Pertandingan e-Sukan, wajib menyertai kelas kesedaran dan pensijilan sehingga akhir Disember 2024. Selain dari itu, kelas kesedaran ini juga terbuka kepada semua komuniti (semua peringkat umur). Peserta perlu mendengar Podcast NADI Malaysia : Segmen e-Sukan - Episod 1: "e-Sukan Sebagai Peluang Kerjaya":

Aktiviti:.

-Pendaftaran peserta

-Membuka link podcast yang diberikan

-Peserta esports dan ahli NADI mendengar podcast

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 26 Oktober 2024
 Masa   : 11.00 am - 11.45 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pemeriksaan kesihatan kendiri untuk peserta e-sport. Pemeriksaan adalah percuma kepada ahli NADI. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kesihatan serta akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti untuk setiap individu dan komuniti. Ujian kesihatan kendiri juga membantu mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah, atau kolesterol tinggi. Pengesanan awal meningkatkan peluang rawatan berkesan dan mencegah komplikasi.

Aktiviti:.

-Menyediakan kemudahan peralatan saringan kesihatan kendiri yang sesuai untuk membantu memperkasakan komuniti dalam membuat saringan kesihatan secara konsisten.

-Komuniti boleh melakukan penilaian kesihatan kendiri termasuk tekanan darah, BMI (Indeks Jisim Badan), dan bacaan gula dan kolesterol pada masa yang sesuai untuk mereka

-Petugas akan merekodkan bacaan penilaian kesihatan kendiri sebagai rekod.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 26 Oktober 2024
 Masa   : 09.20 am - 10.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Memberi taklimat kesedaran kepada kanak-kanak berkenaan dunia digital. Tujuan program NADI x Safe-Shield dilaksanakan adalah untuk mencipta dunia digital yang lebih baik serta memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan digital dan tabiat digital yang baik. 

Aktiviti:.

-Contoh kebaikan internet seperti memudahkan pencarian maklumat, membantu dalam membuat kerja sekolah, mencari kawan baharu.

-Penerangan berkenaan risiko dan cabaran dunia digital kepada kanak-kanak.

-Penerangan berkenaan jejak digital kepada kanak-kanak, iaitu maklumat yang ditinggalkan semasa melayari internet dalam komputer atau telefon bimbit. 

-Petugas turut berkongsi tips keselamatan internet seperti 1) Elakkan berkongsi maklumat peribadi 2) Fikir dahulu sebelum "click" dan "share" di media sosial 3) Semak tetapan privasi dan keselamatan peranti masing-masing.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 26 Oktober 2024
 Masa   : 10.00 am - 02.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pertandingan saringan e-sport Mobile Legends Bang Bang bertujuan mencari pasukan yang akan mewakili NADI Felda Lawin Selatan.Penyertaan terbuka kepada ahli NADI berumur 18 tahun ke bawah. Terdapat 3 kumpulan (seramai 6 orang bagi tiap satu kumpulan) telah menyertai saringan e-sport ini. Satu kumpulan dipilih sebagai pemenang dan akan mewakili NADI ke pertandingan Mobile Legends seterusnya. 

Aktiviti:.

-Pendaftaran peserta

-Pengurus NADI Felda Lawin Selatan memberi sedikit ceramah Klik Dengan Bijak sambil menunggu semua peserta hadir.

-Menjemput peserta ke dalam lobi permainan. Peserta memilih peranan masing-masing (pick hero).

-Mengira markah untuk mencari pemenang.

-Petugas NADI turut membuka kaunter ujian saringan kesihatan kepada peserta.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori