Tarikh | : 10 November 2024 |
Masa | : 10.00 am - 01.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Pemeriksaan kesihatan kendiri untuk komunti Felda Lawin Selatan dan komuniti sekitar. Pemeriksaan adalah percuma kepada ahli NADI. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kesihatan serta akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti untuk setiap individu dan komuniti. Ujian kesihatan kendiri juga membantu mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah, atau kolesterol tinggi. Pengesanan awal meningkatkan peluang rawatan berkesan dan mencegah komplikasi.
Aktiviti:.
-Menyediakan kemudahan peralatan saringan kesihatan kendiri yang sesuai untuk membantu memperkasakan komuniti dalam membuat saringan kesihatan secara konsisten.
-Komuniti boleh melakukan penilaian kesihatan kendiri termasuk tekanan darah, BMI (Indeks Jisim Badan), dan bacaan gula dan kolesterol pada masa yang sesuai untuk mereka
-Petugas membantu komuniti memasang peralatan bacaan tekanan darah pada lengan individu.
-Petugas akan merekodkan bacaan penilaian kesihatan kendiri sebagai rekod NADI.
-Petugas menyarankan individu yang mempunyai bacaan tidak normal untuk membuat rawatan kesihatan susulan di kilinik kesihatan terdekat.