Tarikh | : 27 Mei 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Mengajar peserta cara menggunakan akaun Gmail, termasuk menghantar dan menerima e-mel, menguruskan folder dan label, serta menggunakan fungsi carian dan penapisan e-mel. Terbuka kepada belia.
Aktiviti:
-Petugas menerangkan bagaimana akaun Gmail boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Google lain seperti Google Drive, Google Calendar, dan Google Docs.
-Meningkatkan kemahiran ICT umum peserta, termasuk navigasi laman web, pengisian borang dalam talian, dan pengurusan kata laluan.
-Mengajar teknik menulis e-mel, termasuk penulisan subjek yang jelas, penggunaan bahasa yang sesuai, dan etika e-mel.
-Menunjukkan cara melampirkan fail, dokumen, gambar, dan video dalam e-mel serta pengurusan lampiran tersebut.
Tarikh | : 23 Mei 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Bengkel terbuka kepada pelajar lepasan ijazah yang ingin memohon pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Aktiviti:
-Memberi penerangan kepada peserta cara-cara mengisi SPA online.
-Peserta mendaftar masuk menggunakan email yang aktif.
-Peserta memasukkan semua maklumat yang wajib diisi (maklumat diri, akademik dan sebagainya).
-Selepas semua maklumat telah diisi, barulah peserta boleh memilih jawatan yang ingin dipohon bersesuaian dengan kelayakan.
-Peserta menggunakan servis printing untuk print slip jawatan yang dimohon sebagai rujukan.
Tarikh | : 19 Mei 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Pelajar sekolah menengah menggunakan kemudahan fasiliti di NADI untuk bersama-sama belajar secara dalam kumpulan.
Aktiviti:
-Pelajar sekolah menengah datang ke NADI untuk aktiviti study group serta menggunakan PC untuk mengakses internet bagi mendapatkan bahan ulangkaji yang mereka perlukan.
-Pelajar menggunakan servis printing di NADI.
-Pelajar mengakses google chrome untuk memudahkan pencarian maklumat tambahan.
Tarikh | :21 Mei 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Aktiviti e-learning dan asas ICT bersama pelajar sekolah menengah. Belajar menggunakan platform e learning di youtube.
Aktiviti:.
-Pelajar belajar subjek bahasa arab di youtube. Pelajar mencari saluran youtube yang memuatnaik kandungan berkaitan pendidikan.
-Pelajar belajar menyebut, membaca dan menulis bahasa arab.
-Pelajar mencari maklumat tambahan di google chrome.
-Saluran youtube merupakan antara medium yang mudah bagi pelajar memperoleh banyak pengetahuan dalam pelajaran.
Tarikh | : 19 Mei 2024 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Mencipta kad selamat hari guru untuk diletakkan bersama hadiah hari guru.
Aktiviti:
-Peserta mendaftar masuk ke akaun canva.
-Memilih template kad yang bersesuaian.
-Peserta memuat turun gambar, ikon,dan logo yang bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam kad.
-Peserta memasukkan gambar, menulis ucapan hari guru.
-Selain dapat mencipta kad hari guru,bengkel seperti ini juga mampu menambahkan pengetahuan dalam asas ICT.