Tarikh                      : 22 April 2024
 Masa   : 03.30 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Pelajar menggunakan perkhidmatan di NADI untuk menyiapkan tugasan kerja kursus. 

Aktiviti:

-Pelajar mencari maklumat yang diperlukan di google chrome.

-Pelajar menggunakan telegram web untuk menghantar, menyimpan maklumat dan berhubung dengan rakan sekumpulan. 

-Pelajar menggunakan microsoft word untuk menaip kerja kursus.  

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 21 April 2024
 Masa   : 10.30 am - 11.30 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Guru KAFA

 

 

Tujuan:

Kelas asas ICT disertai oleh guru KAFA SRAR Al-Falah Felda Lawin Selatan. Kelas diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran ICT guru KAFA serta memberi tunjuk ajar langkah mengakses dan menggunakan sistem eKafa. 

Aktiviti:

-Petugas mengajar guru KAFA cara membuka website ekafa di google chrome. 

-Guru KAFA perlu akses ke sistem ekafa menggunakan katanama dan katalaluan yang sedia ada. 

-Guru KAFA mengemaskini maklumat profil masing-masing di dalam sistem. 

-Guru KAFA boleh mencari data murid dan maklumat-maklumat lain di dalam sistem ekafa. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 18 April 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline® telah dibuka. NADI melaksanakan bengkel permohonan terbuka kepada pelajar bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan kepada pelajar yang ingin memohon ke program pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui sistem permohonan UPU (Unit Pusat Universiti).

Aktiviti:

-Pengenalan kepada sistem UPU - Petugas NADI memberi penerangan tentang apa itu sistem UPU, bagaimana ia berfungsi, dan peranan UPU dalam proses permohonan ke IPTA.

-Syarat kelayakan dan pilihan kursus - Petugas menerangkan tentang syarat kelayakan umum dan khusus untuk memohon ke IPTA serta cara membuat pilihan kursus yang sesuai dengan minat dan kebolehan.

-Proses permohonan UPU online - Langkah-langkah untuk membuat permohonan UPU secara online termasuk pendaftaran akaun, pengisian borang permohonan, dan pilihan kursus.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 20 April 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pembelajaran E-Learning memberi peluang kepada pelajar untuk belajar di mana-mana sahaja dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. E-pembelajaran untuk kemahiran mengeja dan membaca adalah alat yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar  

Aktiviti:

-Petugas membantu pelajar untuk mendaftar masuk ke dalam platform google meet untuk memulakan pembelajaran.

-Pelbagai permainan dan latihan mengeja disusun khas untuk membantu pelajar memahami aturan mengeja, membina kosakata, dan mengenal perkataan yang sering digunakan.

-Pelbagai aktiviti dan latihan yang menarik minat peserta akan membantu peserta untuk lebih fokus semasa sesi e-learning.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 18 April 2024
 Masa   : 10.00 am - 01.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Geran Usahawan Perak (GERAK) merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memberi sokongan kewangan kepada usahawan tempatan. Inisiatif ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan rakyat, dan mendorong pembangunan usahawan di Perak. Usahawan boleh memohon geran secara atas talian atau boleh meminta bantuan petugas NADI untuk mengisi permohonan. 

Aktiviti:

-Petugas NADI menerangkan tentang kriteria kelayakan untuk memohon geran, termasuk persyaratan pemohon, jenis perniagaan yang layak, dan keperluan dokumentasi.

-Petugas membantu pemohon mengisi maklumat-maklumat serta memuat naik dokumen yang diperlukan.

-Antara dokumen yang perlu dimuatnaik oleh pemohon adalah salinan kad pengenalan, salinan SSM, salinan lesen perniagaan, gambar hadapan premis dan sebut harga peralatan yang dimohon. 

-Pemohon perlu memastikan permohonan adalah menepati syarat yang ditetapkan untuk mengelakkan permohonan geran ditolak.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori