Tarikh | : 18 April 2024 |
Masa | : 10.00 am - 01.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Geran Usahawan Perak (GERAK) merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memberi sokongan kewangan kepada usahawan tempatan. Inisiatif ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan rakyat, dan mendorong pembangunan usahawan di Perak. Usahawan boleh memohon geran secara atas talian atau boleh meminta bantuan petugas NADI untuk mengisi permohonan.
Aktiviti:
-Petugas NADI menerangkan tentang kriteria kelayakan untuk memohon geran, termasuk persyaratan pemohon, jenis perniagaan yang layak, dan keperluan dokumentasi.
-Petugas membantu pemohon mengisi maklumat-maklumat serta memuat naik dokumen yang diperlukan.
-Antara dokumen yang perlu dimuatnaik oleh pemohon adalah salinan kad pengenalan, salinan SSM, salinan lesen perniagaan, gambar hadapan premis dan sebut harga peralatan yang dimohon.
-Pemohon perlu memastikan permohonan adalah menepati syarat yang ditetapkan untuk mengelakkan permohonan geran ditolak.