Tarikh | : 17 April 2024 |
Masa | : 10.00 am - 12.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Bengkel PUPUK@Shopee bertujuan untuk mengajar usahawan cara menjana pendapatan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Peserta kali ini adalah dari komuniti luar Felda Lawin Selatan jadi Rakan Digital melaksanakan kelas secara atas talian.
Aktiviti:
-Mengenali Platform Shopee - Peserta akan mempelajari fungsi-fungsi utama dalam platform seperti mencipta senarai produk, menguruskan inventori, dan memahami sistem pembayaran. Langkah memasukkan produk, menetapkan harga, penggunaan baucar, diskaun dan sebagainya.
-Kaedah Pembayaran dan Pengurusan Pelanggan - Peserta memperoleh pengetahuan mengenai pelbagai kaedah pembayaran yang disokong oleh Shopee dan bagaimana menguruskan hubungan dengan pelanggan melalui platform ini.