Tarikh                      : 08 Mei 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Bengkel mencipta logo simple bersesuaian untuk tugasan pelajar sekolah rendah.   

Aktiviti:

-Peserta mendaftar akaun logomaster.ai.

-Petugas membantu peserta untuk mengakses laman web logomaster.ai.

-Peserta memilih gambar dan ayat yang bersesuaian untuk membuat logo. 

-Peserta memasukkan ikon serta mengedit logo supaya kelihatan lebih kemas.

 

 Gambar Disini


 

Tarikh                      : 07 Mei 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Bengkel penulisan resume diadakan terbuka kepada komuniti yang sedang cuba mencari pekerjaan.  

Aktiviti:

-Pemilihan template resume yang bersesuaian.

-Penggunaan format yang bersih dan mudah dibaca. Gunakan huruf dan saiz fon yang jelas. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak dekorasi atau corak yang boleh mengganggu.

-Cara penyusunan ayat resume yang kemas dan teratur bagi memudahkan pihak syarikat meneliti resume. Resume yang ringkas dan relevan yang berfokus pada maklumat yang paling relevan dengan pekerjaan yang anda mohon.

-Memasukkan pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon

 

 Gambar Disini


 

Tarikh                      : 4 Mei 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Pendaftaran Tahun 1 untuk sesi 2025 secara online ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.

Aktiviti:

Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna sistem IDME. Untuk pendaftaran tahun 1, maklumat tambahan yang perlu diisi adalah seperti maklumat prasekolah/ tadika, rekod kesihatan, rekod imunisasi kanak-kanak dan pelbagai lagi.

 

Gambar Disini


 

 

Tarikh                      : 5 Mei 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

NADI melaksanakan aktiviti e-learning bersama pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini dapat menarik minat peserta untuk bermain sambil belajar.

Aktiviti:

-Peserta menjawab kuiz ICT di pc. Soalan yang diberikan adaah berkaitan asas ICT seperti soalan berkaitan microsoft word, microsoft powerpoint. 

-Peserta bermain permainan uji minda secara online.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 3 Mei 2024
 Masa   : 03.00 pm - 04.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Bengkel PUPUK@Shopee untuk menjana pendapatan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Perniagaan e-dagang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi. 

Aktiviti:

-Mengenali Platform Shopee - Peserta akan mempelajari fungsi-fungsi utama dalam platform seperti mencipta senarai produk, menguruskan inventori, dan memahami sistem pembayaran. Langkah memasukkan produk, menetapkan harga, penggunaan baucar, diskaun dan sebagainya. 

-Kaedah Pembayaran dan Pengurusan Pelanggan - Peserta memperoleh pengetahuan mengenai pelbagai kaedah pembayaran yang disokong oleh Shopee dan bagaimana menguruskan hubungan dengan pelanggan melalui platform ini.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori