Tarikh | : 12 Oktober 2024 |
Masa | : 04.30 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Bengkel penulisan surat rasmi terbuka kepada belia di Felda Lawin Selatan dan komuniti sekitar. Penyertaan percuma kepada ahli NADI dan bayaran RM5 untuk bukan ahli NADI. Selain dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat surat rasmi, bengkel ini juga membantu menambahkan pengetahuan asas ICT peserta dalam penggunaan Microsoft Word.
Aktiviti:
-Petugas membantu peserta menguasai teknik menulis surat rasmi yang jelas, tepat, dan berkesan.
-Dapat memupuk kemahiran bahasa formal dalam situasi rasmi seperti permohonan kerja, surat rayuan, dan surat rasmi kepada pihak berkuasa.
-Memupuk kesedaran tentang kepentingan komunikasi bertulis dalam masyarakat setempat.