Tarikh                      : 13 Oktober 2024
 Masa   : 10.00am - 11.30 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Bengkel terbuka kepada bakal pengantin yang ingin membuat permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian melalui portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Permohonan yang dibuat secara atas talian adalah lebih memudahkan proses serta menjimatkan masa. Selain itu, sistem dalam talian membolehkan pemohon memantau status permohonan serta mengurangkan risiko kehilangan dokumen atau kesilapan manual dalam pengurusan data.

Aktiviti:

-Pendaftaran akaun pengguna. Pemohon perlu daftar akaun dengan maklumat peribadi (nombor kad pengenalan) di laman web SPPIM.

-Pilih borang kebenaran berkahwin dan lengkapkan maklumat peribadi dan pasangan, tarikh dan lokasi pernikahan serta butiran wali dan saksi (jika diperlukan).

-Pengesahan maklumat. Pemohon perlu membuat pengesahan untuk memastikan bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah.

-Pemohon boleh memuat turun dan mencetak surat tersebut sebagai dokumen rasmi untuk urusan akad nikah.

 

Gambar Disini