Tarikh                      : 22 September 2023
 Masa   : 03.30 pm - 04.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Kelas asas menggunakan microsoft word bagi menyiapkan tugasan pembelajaran. 

Aktiviti:

Pengguna hadir ke PEDi untuk menyiapkan tugasan pembelajaran. Pengguna menggunakan microsoft word untuk edit bahan-bahan pembelajaran. Peugas menunjuk ajar cara edit format tulisan, font, saiz, cara memasukkan gambar dari folder ke microsoft word, membuat column dan sebagainya. Pengguna turut menggunakan kemudahan printing di PEDi Felda Lawin Selatan. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 13 September 2023
 Masa   : 02.30 pm - 03.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Kelas asas edit gambar untuk dijadikan gambar saiz passport.  

Aktiviti:

Ahli PEDi datang ke PEDi untuk belajar cara menyunting gambar biasa menjadi gambar saiz passport. Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan aplikasi remove.bg membuang latarbelakang gambar yang tidak diperlukan, sebelum menukarkan warna latarbelakang mengikut format latarbelakang gambar passport dan muat turun gambar yang siap disunting. Seterusnya, gambar dimuat naik ke microsoft word untuk melaraskan gambar mengikut saiz passport. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 09 September 2023
 Masa   : 10.30 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Membuat aktiviti kolaj bersempena hari merdeka ke 66.Kolaj adalah teknik atau cara membuat gambar yang dihasilkan daripada cantuman pelbagai jenis bahan seperti cebisan kertas, cebisan kain, dan sebagainya. 

Aktiviti:

Petugas menyediakan gambar mengikut tema dan logo hari kebangsaan 2023 (Malaysia Madani). Peserta menggunakan kertas warna yang dicarik-carik dan akan dilekatkan di permukaan imej. Seni kolaj ini mampu merangsang daya kreativiti kanak-kanak. Ia merupakan aktiviti yang mudah dan meyeronokkan. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 12 September 2023
 Masa   : 11.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Murid Sekolah Rendah

 

 

Tujuan: 

Membuat persediaan untuk menyertai pertandingan virtual scrabble.  

Aktiviti:

Guru sekolah rendah hadir ke PEDi bersama 2 orang peserta yang akan menyertai pertandingan scrabble yang dijalankan secara virtual. Petugas membantu guru menguruskan peralatan yang diperlukan seperti membuka web di pc, menyambungkan web ke camera telefon bimbit. Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 03 September 2023
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Membuat poster bersempena Sambutan Hari Malaysia.  

Aktiviti:

Aktiviti mencipta poster bersempena Hari Malaysia disertai oleh pelajar sekolah rendah. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta memilih template poster, mencari gambar, menukar warna tulisan dan sebagainya. Aktiviti ini memberi pengetahuan asas kepada pelajar bagi menggunakan canva untuk membuat pembentangan, poster, resume dan pelbagai lagi. Pelajar sekolah rendah perlu didedahkan dengan aktiviti seperti ini untuk membentuk pemikiran kreatif. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat pelbagai poster yang menarik. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori