Tarikh                      : 10 Disember 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Bengkel penulisan resume bertujuan meningkatkan kemahiran komuniti untuk menghasilkan resume yang berkualiti. Bengkel kali ini terbuka untuk mereka yang ingin memohon pekerjaan. Resume yang berkualiti akan meyakinkan pihak syarikat bahawa peserta layak untuk diambil bekerja.

Aktiviti:

-Cara membuat cover letter

-Cara penyusunan ayat resume yang kemas dan teratur bagi memudahkan pihak syarikat meneliti resume

-Penggunaan template resume yang bersesuaian (tidak terlalu crowded supaya kelihatan lebih profesional)

-Memasukkan pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 11 Disember 2023
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan:

Menggalakkan komuniti membuat transaksi perbankan secara digital. Dengan adanya akaun perbankan secara digital, pengguna boleh mengakses semua perkhidmatan perbankan dan membuat pembayaran (bil, pindahan atas talian, pembelian barangan online) dengan lebih mudah. 

Aktiviti:

-Petugas mengajar cara mendaftar akaun Maybank2u dan MAE. 

-Petugas menunjuk cara membuat pembayaran online serta cara aktifkan scan & pay di aplikasi MAE. 

-Cara menggunakan JomPAY untuk memudahkan pembayaran bil utiliti (air/elektrik/astro/unifi).

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 03 Disember 2023
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Kelas asas menggunakan microsoft word bagi menyiapkan tugasan sejarah sekolah rendah. Pelajar perlu mencari maklumat tokoh beserta gambar. Semua maklumat yang diperolehi perlu disiapkan menggunakan microsoft word. Kelas asas ini dapat mengembangkan pengetahuan ICT pelajar serta dapat membantu pelajar di masa hadapan.  

Aktiviti:

-Pelajar meminta tunjuk ajar petugas langkah menggunakan microsoft word.

-Pelajar mencari maklumat di google chrome serta memuat turun gambar

-Petugas menunjuk ajar cara menyimpan gambar ke dalam folder

-Pelajar sunting gambar mengikut saiz yang sesuai

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 06 Disember 2023
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda lawin Selatan

 

 

Tujuan:

Komuniti meminta tunjuk ajar petugas untuk menebus kredit RM100 eMadani. eMadani adalah inisiatif dari kerajaan untuk penerima yang layak dalam bentu kredit e-dompet RM100. Penerima boleh menggunakan kredit tersebut untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana kedai. Komuniti menebus kredit RM100 menggunakan aplikasi touch and go.   

Aktiviti:

-Petugas mengajar cara mendaftar akaun touch and go. Pengguna mendaftar masuk, mengisi maklumat dan membuat pengecaman wajah di touch and go

-Pengguna mengisi maklumat di laman web eMadani dan tebus kredit RM100

-Petugas menunjukkan cara guna touch and go untuk buat pembayaran di kedai, di mana pengguna perlu mengimbas kod QR peniaga atau tunjukkan kod QR pengguna kepada peniaga untuk diimbas

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 04 Disember 2023
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Membantu usahawan untuk mengembangkan peluang perniagaan e-dagang di platform shopee. Rakan digital PEDi akan membantu usahawan dari menetapkan tetapan asas kedai. Antara kelebihan usahawan menjual di platform e-dagang adalah usahawan boleh menawarkan produk atau servis mereka di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa kerana kedai online boleh diakses 24 jam.

Aktiviti:

-Rakan digital membantu dan mengajar usahawan langkah untuk mencipta akaun jualan shopee

-Memasukkan produk, membuat voucher

-Kursus asas shopee ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada mana-mana usahawan yang baru ingin bermula atau sudah pernah membuat jualan di shopee.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori