Tarikh | : 10 Disember 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Bengkel penulisan resume bertujuan meningkatkan kemahiran komuniti untuk menghasilkan resume yang berkualiti. Bengkel kali ini terbuka untuk mereka yang ingin memohon pekerjaan. Resume yang berkualiti akan meyakinkan pihak syarikat bahawa peserta layak untuk diambil bekerja.
Aktiviti:
-Cara membuat cover letter
-Cara penyusunan ayat resume yang kemas dan teratur bagi memudahkan pihak syarikat meneliti resume
-Penggunaan template resume yang bersesuaian (tidak terlalu crowded supaya kelihatan lebih profesional)
-Memasukkan pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon