Tarikh                      : 19 November 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Tujuan bengkel e-pembelajaran ini diadakan adalah untuk memudahkan pelajar membuat soalan latih tubi secara atas talian. E-Pembelajaran juga dapat membantu mengembangkan pengetahuan pelajar dalam bidang ICT. 

Aktiviti:

-Petugas membantu membuka website yang sesuai untuk pelajar membuat aktiviti latih tubi.

-Pelajar memilih subjek latih tubi yang ingin dibuat. 

-Petugas menyediakan kertas kosong untuk pelajar membuat pengiraan bagi subjek Matematik. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 15 November 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Usahawan ingin mengembangkan perniagaan menggunakan platform shopee kerana lebih efektif dan mudah. Usahawan adalah dari komuniti di Felda Lawin Selatan. Kelas shopee diadakan secara bersemuka, usahawan hadir terus ke PEDi dan dibimbing oleh Rakan Digital. Platform e-dagang menawarkan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjual dan memasarkan produk serta perkhidmatan kepada pengguna.

Aktiviti:

- Rakan digital membantu usahawan mendaftar akaun penjual di shopee. 

- Cara memuat naik gambar produk secara terus dari telefon bimbit. Tetapan shopee menggunakan aplikasi sedikit berbeza dari tetapan shopee yang dibuka dari website. 

-Rakan digital membimbing usahawan cara menetapkan harga produk di shopee setelah mengambil kira penolakan diskaun / voucher dan keuntungan yang akan diperoleh.

- Kelas shopee ini amat membantu usahawan baru yang ingin mencuba peluang perniagaan e-dagang.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 17 November 2023
 Masa   : 10.30 am - 11.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Bengkel penulisan resume diadakan terbuka kepada pelajar lepasan sekolah menengah.Bengkel bertujuan untuk melatih pelajar dengan kemahiran, teknik dan tips mencari kerja dan menghadapi temuduga sama ada temuduga melanjutkan pelajaran atau temuduga pekerjaan. 

Aktiviti:

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta dari segi

-Memilih template resume yang bersesuaian dan terbaik untuk rujukan majikan.Template resume adalah penting untuk memberi gambaran tentang bagaimana personaliti seseorang pelajar. 

-Memilih font yang sesuai supaya resume kelihatan kemas dan mudah dibaca. 

-Memasukkan maklumat diri, pendidikan, pengalaman serta pencapaian pelajar. Maklumat ini penting dan wajib ada di dalam sebuah resume untuk meyakinkan penemuduga memilih calon yang terbaik. 

 

Gambar Disini


 

 

Tarikh                      : 16 November 2023
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

 

Tujuan:

Kelas asas microsoft word menyiapkan kerja kursus bagi pelajar sekolah rendah. Pelajar perlu mencari maklumat mengenai tokoh-tokoh hebat di Malaysia serta latar belakang. Pelajar perlu menaip semua maklumat ke dalam Microsoft Word.

Aktiviti:

Petugas menunjuk ajar 

-Cara memuat turun gambar yang diperlukan

-Menyalin gambar ke Microsoft Word

-Mencari format penulisan yang bersesuaian dengan kerja kursus supaya kemas dan teratur

-Mengedit gambar dan tulisan

 

Gambar Disini


 

 

 

Tarikh                      : 07 November 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Membantu usahawan untuk menjana pendapatan menggunakan platform shopee.

Aktiviti:

- Usahawan adalah dari komuniti luar felda lawin selatan. Usahawan memilih platform atas talian untuk menyertai bengkel.

- Rakan digital membantu usahawan membuka kedai di shopee, membuat tetapan akaun shopee.

- Cara memuat naik barang di kedai shopee, baucar kedai, cara memproses tempahan dan penghantaran barang.

- Kelas shopee ini amat membantu usahawan baru yang ingin mencuba berniaga di platform shopee dengan bantuan rakan digital. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori