Tarikh | : 16 Februari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 04.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Menggalakkan komuniti untuk menggunakan aplikasi whatsapp untuk pelbagai perkara seperti mempromosi perniagaan, membuat panggilan suara dan video, mencipta kumpulan, menghantar dokumen, berkongsi lokasi dengan kenalan dan sebagainya.
Aktiviti:
-Cara mengakses dan menggunakan fungsi-fungsi utama seperti senarai kenalan, sembang, dan panggilan.
-Cara menambah dan menguruskan kenalan dalam senarai kenalan.
-Cara membuat panggilan suara dan video menggunakan WhatsApp.
-Memahami etika dalam penggunaan WhatsApp.
Tarikh | : 08 Februari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam penggunaan microsft word bagi menyiapkan tugasan.
Aktiviti:
-Petugas membantu peserta untuk menggunakan microsoft word dalam menyiapkan tugasan.
-Mencari maklumat yang diperlukan.
-Cara untuk menetapkan margin dan spacing.
-Menulis tajuk dan kandungan tugasan.
-Menyertakan gambar yang telah di download.
Tarikh | : 05 Februari 2024 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Belia Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
PEDi mengadakan bengkel resume terbuka kepada komuniti belia di Felda Lawin Selatan yang sedang mencari pekerjaan. Tujuan bengkel diadakan supaya dapat memberi penerangan dan penjelasan kepada komuniti langkah untuk menghasilkan resume yang profesional serta berkualiti.
Aktiviti:
-Pemilihan template resume yang bersesuaian. Peserta boleh memilih untuk menggunakan template di canva / microsoft word
-Peserta perlu memilih corak dan kombinasi warna template resume yang bersesuaian.
-Penggunaan format yang bersih dan mudah dibaca. Gunakan huruf dan saiz fon yang jelas. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak dekorasi atau corak yang boleh mengganggu.
-Cara penyusunan ayat resume yang kemas dan teratur bagi memudahkan pihak syarikat meneliti resume. Resume yang ringkas dan relevan yang berfokus pada maklumat yang paling relevan dengan pekerjaan yang anda mohon.
-Memasukkan pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon
Tarikh | : 05 Februari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Mengadakan bengkel keusahawanan iaitu bengkel asas shopee untuk usahawan yang berminat menjual produk di platform shopee.
Aktiviti:
-Rakan digital memberi penerangan tentang perniagaan e-dagang
-Kebaikan / keistimewaan berniaga secara atas talian
-Daftar akaun seller di shopee
-Mengemaskini maklumat penjual di dalam akaun
-Langkah memasukkan produk, menetapkan harga, penggunaan baucar, diskaun dan sebagainya.
Tarikh | : 20 Januari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Bengkel penulisan surat rasmi diadakan terbuka untuk pelajar sekolah rendah. Bertujuan bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word, kemahiran menaip dan mengembangkan pengetahuan asas pelajar berkaitan format surat rasmi.
Aktiviti:
-Peserta diberi tugasan untuk menaip surat rasmi - surat tidak hadir sekolah
-Petugas membantu peserta berkenaan format surat rasmi yang betul
-Memberi gambaran contoh perbezaan antara surat rasmi dan surat tidak rasmi
-Peserta menggunakan bahasa yang betul untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti