Tarikh                      : 21 Oktober 2023
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Usahawan menghadiri seminar pemasaran digital secara atas talian di PEDi Felda Lawin Selatan.

Aktiviti:

Peserta menyertai seminar "Pemasaran Digital OHSEM: Satu Platform untuk capai audiens di Facebook, Instagram, Tiktok dan REV". Seminar dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform zoom. Penceramah berkongsi taktik untuk membuat pengiklanan secara digital kepada kumpulan sasaran dengan lebih tepat. Selain itu, seminar ini memberi pencerahan mengenai cara meningkatkan jenama ke tahap yang lebih tinggi melalui pemasaran digital dan kandungan luar biasa supaya dapat menarik perhatian pengguna.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 12 Oktober 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar Sekolah

 

 

Tujuan:

Kelas asas menggunakan microsoft word bagi membuat tugasan assignment.

Aktiviti:

Pengguna menggunakan microsoft word untuk menaip tugasan. Petugas menunjuk ajar cara edit format tulisan, justify paragraph, spacing paragraph supaya perenggan tersusun kemas. Pengguna turut menggunakan kemudahan printing di PEDi Felda Lawin Selatan. Kemudahan internet di PEDi memudahkan pengguna untuk mencari bahan-bahan pembelajaran, maklumat penting yang diperlukan untuk menyiapkan assignment. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 01 Oktober 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Pelajar vokasional hadir ke PEDi untuk menyiapkan tugasan. 

Aktiviti:

Pelajar vokasional perlu membuat satu pelan lantai. Pelan lantai menggambarkan lokasi dinding, tingkap, pintu dan tangga, serta pemasangan tetap seperti bilik mandi, kabinet dapur dan peralatan. Pelajar menggunakan software EdrawMax untuk membuat pelan lantai iaitu satu perisian yang boleh digunakan untuk membina carta alir, rajah rangkaian, pelan lantai dan sebagainya. Pengetahuan dalam bidang ICT memudahkan pelbagai urusan.

 

Gambar Disini


 

 

Tarikh                      : 08 Oktober 2023
 Masa   : 11.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Pembelajaran atas talian bagi matapelajaran sains sekolah rendah.

Aktiviti:

Peserta menggunakan platform wordwall untuk membuat aktiviti latih tubi menjawab soalan matapelajaran sains. Soalan adalah berkaitan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Peserta juga boleh membuat soalan sendiri di wordwall mengikut template yang disediakan. Terdapat pebagai jenis aktiviti pembelajaran menarik yang boleh dilakukan di platform wordwall seperti brainstorm, wordsearch, crossword, simple cards dan word maker. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 01 Oktober 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

PEDi Felda Lawin Selatan mengadakan sesi kelas asas microsoft powerpoint bersama pelajar tingkatan 6. 

Aktiviti:

Pelajar tingkatan 6 perlu menyediakan sebuah slide pembentangan kerja kursus bagi subjek sastera. Pelajar hadir ke PEDi dan meminta tunjuk ajar dari petugas berkenaan penggunaan microsoft powerpoint. Selain microsoft powerpoint, pelajar turut menggunakan aplikasi background remover untuk menyunting gambar yang akan dimasukkan ke dalam slide. Selain menggunakan grafik, pelajar turut memasukkan audio ke dalam slide pembentangan. Pelajar menggunakan daya kreativiti sendiri untuk menjadikan slide powerpoint kemas, tersusun dan menarik. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori