Tarikh | : 01 Oktober 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Pelajar vokasional hadir ke PEDi untuk menyiapkan tugasan.
Aktiviti:
Pelajar vokasional perlu membuat satu pelan lantai. Pelan lantai menggambarkan lokasi dinding, tingkap, pintu dan tangga, serta pemasangan tetap seperti bilik mandi, kabinet dapur dan peralatan. Pelajar menggunakan software EdrawMax untuk membuat pelan lantai iaitu satu perisian yang boleh digunakan untuk membina carta alir, rajah rangkaian, pelan lantai dan sebagainya. Pengetahuan dalam bidang ICT memudahkan pelbagai urusan.
Tarikh | : 01 Oktober 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
PEDi Felda Lawin Selatan mengadakan sesi kelas asas microsoft powerpoint bersama pelajar tingkatan 6.
Aktiviti:
Pelajar tingkatan 6 perlu menyediakan sebuah slide pembentangan kerja kursus bagi subjek sastera. Pelajar hadir ke PEDi dan meminta tunjuk ajar dari petugas berkenaan penggunaan microsoft powerpoint. Selain microsoft powerpoint, pelajar turut menggunakan aplikasi background remover untuk menyunting gambar yang akan dimasukkan ke dalam slide. Selain menggunakan grafik, pelajar turut memasukkan audio ke dalam slide pembentangan. Pelajar menggunakan daya kreativiti sendiri untuk menjadikan slide powerpoint kemas, tersusun dan menarik.
Tarikh | : 13 September 2023 |
Masa | : 02.30 pm - 03.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kelas asas edit gambar untuk dijadikan gambar saiz passport.
Aktiviti:
Ahli PEDi datang ke PEDi untuk belajar cara menyunting gambar biasa menjadi gambar saiz passport. Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan aplikasi remove.bg membuang latarbelakang gambar yang tidak diperlukan, sebelum menukarkan warna latarbelakang mengikut format latarbelakang gambar passport dan muat turun gambar yang siap disunting. Seterusnya, gambar dimuat naik ke microsoft word untuk melaraskan gambar mengikut saiz passport.
Tarikh | : 22 September 2023 |
Masa | : 03.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kelas asas menggunakan microsoft word bagi menyiapkan tugasan pembelajaran.
Aktiviti:
Pengguna hadir ke PEDi untuk menyiapkan tugasan pembelajaran. Pengguna menggunakan microsoft word untuk edit bahan-bahan pembelajaran. Peugas menunjuk ajar cara edit format tulisan, font, saiz, cara memasukkan gambar dari folder ke microsoft word, membuat column dan sebagainya. Pengguna turut menggunakan kemudahan printing di PEDi Felda Lawin Selatan.
Tarikh | : 12 September 2023 |
Masa | : 11.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid Sekolah Rendah |
Tujuan:
Membuat persediaan untuk menyertai pertandingan virtual scrabble.
Aktiviti:
Guru sekolah rendah hadir ke PEDi bersama 2 orang peserta yang akan menyertai pertandingan scrabble yang dijalankan secara virtual. Petugas membantu guru menguruskan peralatan yang diperlukan seperti membuka web di pc, menyambungkan web ke camera telefon bimbit. Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).