Tarikh | : 19 Mei 2023 |
Masa | : 03.45 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Pelajar tingkatan 2 menggunakan kemudahan internet dan PC di PEDi untuk membuat kerja kursus.
Aktiviti:
Pengguna melayari web untuk mencari maklumat yang diperlukan melalui google chrome. Seterusnya menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan kerja kursus mereka. Kemudahan internet yang laju memudahkan pelajar untuk mencari bahan bahan ilmiah sebagai rujukan.
Tarikh | : 11 Mei 2023 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar kepada golongan belia di Felda Lawin Selatan untuk membuka email peribadi serta menerangkan kepentingan penggunaan email dalam perbagai perkara seperti pendaftaran pebagai aplikasi.
Aktiviti:
Pengguna dikehendaki mendaftar email terlebih dahulu serta memasukkan maklumat yang diperlukan. Seterusnya petugas membantu pengguna untuk mendaftar baru Instagram peribadi pengguna dengan menggunakan alamat email yang telah didaftarkan tadi.
Tarikh | : 30 April 2023 |
Masa | : 04.00 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
PEDi Felda Lawin Selatan mengadakan sesi bersama pelajar sekolah rendah. Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas microsoft powerpoint.
Aktiviti:
Kelas asas microsoft powerpoint diadakan untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar sekolah rendah berkenaan bagaimana mereka boleh menggunakan microsoft powerpoint untuk aktiviti tugasan sekolah. Peserta juga dapat mengolah kreativiti masing masing untuk menjadikan slide powerpoint kemas, tersusun dan menarik. Selain digunakan untuk membuat pembentangan, peserta juga boleh menggunakan powerpoint untuk membuat nota ringkas dan padat. Antara kelebihan menggunakan microsoft powerpoint :
- Memudahkan membuat pembentangan
- Dapat membuat slide pembentangan yang menarik seperti mempunyai audio, animasi, gambar serta video
- Memasukkan dan menyusun data atau maklumat ke dalam slide secara teratur dan lebih mudah difahami
Tarikh | : 08 Mei 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 04.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Pengguna datang ke PEDi Felda Lawin Selatan untuk meminta tunjuk ajar petugas bagi mengaktifkan e-wallet di telefon bimbit.
Aktiviti:
Pengguna perlu memuat turun aplikasi e-wallet di telefon bimbit. Seterusnya memasukkan maklumat diri seperti nama, no kad pengenalan, alamat serta perlu membuat face verification sebelum dapat mengakses e-wallet. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna.
Tarikh | : 19 April 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Menggunakan kemudahan PC dan internet di PEDi untuk menyertai bengkel secara atas talian.
Aktiviti:
Peserta menyertai bengkel pemasaran dan ekelas usahawan, di mana bengkel dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform zoom. Peserta hadir ke PEDi Felda Lawin Selatan untuk menggunakan servis capaian internet yang laju di PEDi. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama dari Maxis eKelas. Ekelas usahawan adalah bertujuan untuk menyokong komuniti B40 melalui penggunaan digital yang lebih tinggi.