Tarikh | : 24 Mac 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 04.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kelas asas Microsoft Word disertai oleh kanak-kanak 9 tahun dan 11 tahun. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas ICT, cara menggunakan Microsoft Word serta membolehkan kanak-kanak mempraktikkan cara menaip penulisan surat tidak rasmi menggunakan komputer.
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan microsoft word. Peserta diberi salinan contoh penulisan surat tidak rasmi (menghantar surat kepada kawan) dan perlu menaip mengikut contoh yang diberikan. Kelebihan menggunakan Microsoft Word adalah mudah untuk menaip pelbagai jenis surat dan menyunting surat mengikut kesesuaian format penulisan. Peserta juga dapat belajar menggunakan jenis jenis simbol di keyboard dan format asas penulisan seperti justified text, margin dan sebagainya.