Tarikh | : 03 Februari 2023 |
Masa | : 03.30 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kelas asas Microsoft Powerpoint disertai oleh ahli PEDi Felda Lawin Selatan. Kelas ini bertujuan memberi pengetahuan dan mengajar para pelajar sekolah untuk memanfaatkan penggunaan Microsoft Powerpoint. Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai kelas powerpoint.
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta diminta untuk mencari maklumat, memasukkan maklumat dan gambar ke dalam slide powerpoint. Peserta memilih template slide yang diingini dan boleh mengolah slide mengikut kreativiti masing-masing. Antara kegunaan Microsoft Powerpoint adalah :
- Memudahkan membuat pembentangan
- Dapat membuat slide pembentangan yang menarik seperti mempunyai audio, animasi, gambar serta video
- Memasukkan dan menyusun data atau maklumat ke dalam slide secara teratur dan lebih mudah difahami
Tarikh | : 24 Januari 2023 |
Masa | : 04.00 pm - 05.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Pelajar sekolah menengah mengadakan group discussion di PEDi Felda Lawin Selatan.
Aktiviti:
Beberapa orang pelajar sekolah menengah datang ke PEDi untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka menggunakan kemudahan meja study di PEDi untuk mengadakan perbincangan berkaitan matapelajaran matematik. Antara kelebihan belajar secara dalam kumpulan :
- Pelajar dapat berkongsi idea bersama-sama
- Pelajar dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat
- Pelajar boleh meminta bantuan dan pandangan dari rakan yang lebih bijak
PEDi Felda Lawin Selatan menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar seperti internet untuk mengakses maklumat, kemudahan meja dan kerusi untuk belajar dan tempat yang selesa.
Tarikh | : 04 Januari 2023 |
Masa | : 10.00 am - 11.30 am |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Membantu usahawan dan komuniti setempat untuk menjana pendapatan menggunakan platform tiktok.
Aktiviti:
Selain kelas asas shopee, Rakan Digital turut membuka peluang kepada usahawan dan komuniti setempat untuk menjana pendapatan melalui platform tiktok. Antara asas yang diajar dalam kelas tiktok adalah:
-cara membuat affiliate di tiktok sekiranya mempunyai jumlah pengikut kurang dari 1000 orang
-cara mendaftar di tiktok seller
-cara memasukkan produk sendiri dalam tiktok seller
-cara withdraw untung yang diperoleh
Tarikh | : 12 Januari 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 04.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kelas asas Microsoft Word disertai oleh ahli PEDi Felda Lawin Selatan. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang penggunaan microsoft word. Kelas adalah secara percuma.
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan microsoft word. Peserta diminta untuk membuat surat rasmi supaya lebih jelas dan faham cara menggunakan microsoft word. Antara kegunaan lain microsoft word adalah :
- menaip pelbagai jenis surat
- mengedit dokumen
- memformat dan menyimpan dokumen
Tarikh | : 31 Disember 2022 |
Masa | : 08.30 am - 09.30 am |
Lokasi | : Dewan Wisma GPW FLS |
Peserta | : Murid Tadika dan Pra Sekolah |
Tujuan:
Aktiviti pertandingan mewarna diadakan bersempena Mini Karnival dan Ambang Tahun Baru 2023 di Felda Lawin Selatan. PEDi Felda Lawin Selatan diberi tanggungjawab untuk bahagian pertandingan mewarna.
Aktiviti:
Pertandingan mewarna terbuka kepada kanak-kanak 5 tahun (tadika) dan 6 tahun (pra-sekolah). PEDi menyediakan bahan mewarna (kertas mewarna). Seramai 10 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan mewarna. Antara aktiviti lain yang diadakan adalah :
- Sukan rakyat (tarik tali, lari dalam guni, tarik upih)
- Cabutan bertuah
- Kenduri sekampung