Tarikh                      : 12 Ogos 2022
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Memberi kursus latihan asas kepada usahawan berkenaan jualan melalui platform shopee serta menjana pendapatan secara atas talian. 

Aktiviti:

Pelatih (Rakan Digital) menggunakan medium Google Meet untuk menerangkan kepada usahawan mengenai platform Shopee. Pelatih membantu dan mengajar usahawan langkah untuk mencipta akaun jualan shopee, memasukkan produk, membuat voucher dan sebagainya. Kursus asas shopee ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada mana-mana usahawan yang baru ingin bermula atau sudah pernah membuat jualan di shopee. Usahawan boleh menyertai kursus secara terus di PEDi Felda Lawin Selatan dan juga secara atas talian iaitu melalui platform Google Meet / Zoom. Pelatih akan menghantar link Google Meet / Zoom untuk diakses oleh usahawan.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 11 Ogos 2022
 Masa   : 3.00 pm - 5.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Memberi kursus latihan asas kepada usahawan berkenaan jualan melalui platform shopee serta menjana pendapatan secara atas talian. 

Aktiviti:

Usahawan akan diberi penerangan dan dilatih oleh Rakan Digital mengenai platform Shopee. Pelatih (Rakan Digital) akan memberi tunjuk ajar dengan terperinci bagaimana usahawan boleh menggunakan platform shopee sebagai inisiatif untuk menjana pendapatan secara atas talian. Pelatih membantu dan mengajar usahawan langkah untuk mencipta akaun jualan shopee, memasukkan produk, membuat voucher dan sebagainya. Kursus asas shopee ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada mana-mana usahawan yang baru ingin bermula atau sudah pernah membuat jualan di shopee. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 5 Ogos 2022
 Masa   : 09.00 am - 06.00 pm
 Lokasi : Tapak Perhentian Bas Gerik
 Peserta : Komuniti Hulu Perak

 

 

Tujuan: 

Open Booth Agensi sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Perak.

Aktiviti:

Menjalankan aktiviti Kuiz Klik Dengan Bijak, Kuiz Kemerdekaan. Kaunter aduan MCMC turut dibuka untuk komuniti membuat sebarang aduan, dalam masa yang sama mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Komuniti Hulu Perak.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 11 Ogos 2022
 Masa   : 10.00 am - 11.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Murid Sekolah Rendah

 

 

Tujuan: 

Aktiviti mengasah minda pelajar sekolah serta memberi pengetahuan asas kepada pelajar untuk mengenali dan membaca suku kata. 

Aktiviti:

Pelajar dikehendaki mencantumkan semula puzzle secara atas talian, kelas ini dapat mengasah minda dan meningkatkan daya berfikir seseorang. selain itu dapat memahirkan juga mereka untuk menggunakan mouse komputer. untuk aktiviti membaca suku kata, aktiviti ini akan membantu pelajar untuk lebih mudah mengenali, menyebut, dan membaca sesuatu perkataan. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 5 Ogos 2022
 Masa   : 09.00 am - 10.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Murid sekolah rendah FLS

 

 

Tujuan: 

Menyediakan kemudahan internet kepada murid sekolah rendah Felda Lawin Selatan untuk menjawab kuiz yang diadakan secara online (atas talian).

Aktiviti:

Kuiz diadakan selama 1 jam 30 minit. Murid perlu mendaftar masuk terlebih dahulu di link form yang telah disediakan oleh guru bertugas sebelum menjawab kuiz. Serta disediakan link yang berbeza untuk tujuan menjawab kuiz. Soalan-soalan kuiz terdiri dari subjek Matematik, Sains, Sejarah, Reka Bentu dan Teknologi dalam bentuk objektif. Petugas membantu murid yang mempunyai masalah tidak dapat masuk ke link yang disediakan. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori