Tarikh                      : 08 Mei 2023
 Masa   : 03.00 pm - 04.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Pengguna datang ke PEDi Felda Lawin Selatan untuk meminta tunjuk ajar petugas bagi mengaktifkan e-wallet di telefon bimbit.

Aktiviti:

Pengguna perlu memuat turun aplikasi e-wallet di telefon bimbit. Seterusnya memasukkan maklumat diri seperti nama, no kad pengenalan, alamat serta perlu membuat face verification sebelum dapat mengakses e-wallet. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 30 April 2023
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

PEDi Felda Lawin Selatan mengadakan sesi bersama pelajar sekolah rendah. Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas microsoft powerpoint.  

Aktiviti:

Kelas asas microsoft powerpoint diadakan untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar sekolah rendah berkenaan bagaimana mereka boleh menggunakan microsoft powerpoint untuk aktiviti tugasan sekolah. Peserta juga dapat mengolah kreativiti masing masing untuk menjadikan slide powerpoint kemas, tersusun dan menarik. Selain digunakan untuk membuat pembentangan, peserta juga boleh menggunakan powerpoint untuk membuat nota ringkas dan padat. Antara kelebihan menggunakan microsoft powerpoint : 

- Memudahkan membuat pembentangan

- Dapat membuat slide pembentangan yang menarik seperti mempunyai audio, animasi, gambar serta video

- Memasukkan dan menyusun data atau maklumat ke dalam slide secara teratur dan lebih mudah difahami

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 14 April 2023
 Masa   : 09.00 am - 10.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Menggunakan kemudahan PC dan internet di PEDi untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan assignment.

Aktiviti:

Pengguna menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan assignment subjek sejarah. Pengguna membuka website Scribd untuk mencari contoh assignment sebagai bahan rujukan serta menggunakan Microsoft Word untuk menaip dan mengedit tugasan tersebut. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 19 April 2023
 Masa   : 03.00 pm - 04.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Menggunakan kemudahan PC dan internet di PEDi untuk menyertai bengkel secara atas talian.

Aktiviti:

Peserta menyertai bengkel pemasaran dan ekelas usahawan, di mana bengkel dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform zoom. Peserta hadir ke PEDi Felda Lawin Selatan untuk menggunakan servis capaian internet yang laju di PEDi. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama dari Maxis eKelas. Ekelas usahawan adalah bertujuan untuk menyokong komuniti B40 melalui penggunaan digital yang lebih tinggi.  

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 8 April 2023
 Masa   : 09.30 am - 11.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Menggunakan kemudahan PC dan internet di PEDi untuk mencari info dan tutorial mencipta buku skrap.

Aktiviti:

Pengguna ditugaskan untuk mencipta buku skrap bagi tugasan kerja kursus matapelajaran sejarah. Pelajar perlu menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menghasilkan buku skrap yang kreatif serta mempunyai semua maklumat yang lengkap dan tersusun berdasarkan proses pembacaan dan kajian oleh pelajar. Pengguna menggunakan youtube untuk mencari tutorial membuat pop up card sebagai salah satu proses menghasilkan buku skrap yang menarik.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori