Tarikh | : 09 September 2023 |
Masa | : 10.30 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Membuat aktiviti kolaj bersempena hari merdeka ke 66.Kolaj adalah teknik atau cara membuat gambar yang dihasilkan daripada cantuman pelbagai jenis bahan seperti cebisan kertas, cebisan kain, dan sebagainya.
Aktiviti:
Petugas menyediakan gambar mengikut tema dan logo hari kebangsaan 2023 (Malaysia Madani). Peserta menggunakan kertas warna yang dicarik-carik dan akan dilekatkan di permukaan imej. Seni kolaj ini mampu merangsang daya kreativiti kanak-kanak. Ia merupakan aktiviti yang mudah dan meyeronokkan.
Tarikh | : 03 September 2023 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Membuat poster bersempena Sambutan Hari Malaysia.
Aktiviti:
Aktiviti mencipta poster bersempena Hari Malaysia disertai oleh pelajar sekolah rendah. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta memilih template poster, mencari gambar, menukar warna tulisan dan sebagainya. Aktiviti ini memberi pengetahuan asas kepada pelajar bagi menggunakan canva untuk membuat pembentangan, poster, resume dan pelbagai lagi. Pelajar sekolah rendah perlu didedahkan dengan aktiviti seperti ini untuk membentuk pemikiran kreatif. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat pelbagai poster yang menarik.
Tarikh | : 15 Ogos 2023 |
Masa | : 04.30 pm - 05.15 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan aplikasi whatsapp dan akaun MAE.
Aktiviti:
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menyimpan dan menghantar dokumen melalui whatsapp, scan dokumen menggunakan aplikasi scanner di telefon bimbit. Aktiviti ini memudahkan pengguna untuk scan dokumen secara terus dari telefon bimbit di mana sahaja. Aktiviti seterusnya adalah mendaftar akaun MAE dan langkah memindahkan duit menggunakan aplikasi MAE. Peserta juga menggunakan servis printing dan fotostat di PEDi berkenaan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membeli kereta.
Tarikh | : 20 Ogos 2023 |
Masa | : 03.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Menambah ilmu pengetahuan peserta mengenai kemerdekaan dan peribahasa melayu serta dapat membantu mereka belajar secara atas talian.
Aktiviti:
Petugas menyediakan beberapa soalan dalam laman web Gimkit. Peserta perlu memasukkan code sebelum memulakan kuiz dan perlu menjawab semua soalan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh host. Turutan soalan adalah berbeza untuk setiap peserta. Peserta yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang. Aktiviti kuiz ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan Kemerdekaan Malaysia ke - 66 serta peserta dapat mengetahui pelbagai jenis peribahasa melayu yang boleh mereka gunakan.
Tarikh | : 07 Ogos 2023 |
Masa | : 10.30 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada usahawan cara untuk mengurus sumber manusia mengikut akta-akta ditetapkan.
Aktiviti:
Usahawan datang ke PEDi untuk menyertai kelas online (Tips Pengurusan Sumber Manusia). Kelas dijalankan secara atas talian, menggunakan platform zoom meeting. Topik yang dibincangkan adalah :
- Akta Kerja (Pindaan) 2022
- Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966
- Tanggungjawab Majikan - Penamatan Pekerja dan Pemberian Cuti