Tarikh                      : 15 November 2023
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Usahawan ingin mengembangkan perniagaan menggunakan platform shopee kerana lebih efektif dan mudah. Usahawan adalah dari komuniti di Felda Lawin Selatan. Kelas shopee diadakan secara bersemuka, usahawan hadir terus ke PEDi dan dibimbing oleh Rakan Digital. Platform e-dagang menawarkan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjual dan memasarkan produk serta perkhidmatan kepada pengguna.

Aktiviti:

- Rakan digital membantu usahawan mendaftar akaun penjual di shopee. 

- Cara memuat naik gambar produk secara terus dari telefon bimbit. Tetapan shopee menggunakan aplikasi sedikit berbeza dari tetapan shopee yang dibuka dari website. 

-Rakan digital membimbing usahawan cara menetapkan harga produk di shopee setelah mengambil kira penolakan diskaun / voucher dan keuntungan yang akan diperoleh.

- Kelas shopee ini amat membantu usahawan baru yang ingin mencuba peluang perniagaan e-dagang.

 

Gambar Disini