Tarikh | : 16 Januari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Bengkel pendaftaran SSM diadakan bagi membolehkan usahawan atau komuniti yang ingin mendaftar SSM untuk tujuan perniagaan. Setiap pengusaha perniagaan di Malaysia wajib mendaftar SSM bagi mendapatkan lesen kebenaran beroperasi.
Aktiviti:
-Usahawan perlu mendaftar masuk ke dalam sistem ezbiz terlebih dahulu.
-Perlu membuat pengesahan kad pengenalan dan wajah.
-Petugas membantu usahawan untuk mengisi dan memuatnaik dokumen yang diperlukan.
Tarikh | : 11 Januari 2024 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Mengadakan bengkel keusahawanan iaitu bengkel asas shopee untuk usahawan yang berminat menjual produk di platform shopee.
Aktiviti:
-Rakan digital memberi penerangan tentang perniagaan e-dagang
-Kebaikan / keistimewaan berniaga secara atas talian
-Daftar akaun seller di shopee
-Mengemaskini maklumat penjual di dalam akaun
-Langkah memasukkan produk, menetapkan harga, penggunaan baucar, diskaun dan sebagainya.
Tarikh | : 10 Januari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Usahawan ingin menjana pendapatan melalui platfom tiktok shop. Usahawan menyertai bengkel keusahawanan tiktok shop bersama rakan digital PEDi secara atas talian.
Aktiviti:
-cara mendaftar di tiktok seller
-cara memasukkan produk sendiri dalam tiktok seller
-cara withdraw untung yang diperoleh
Tarikh | : 05 Januari 2024 |
Masa | : 02.45 pm - 06.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Pegawai Perangkaan membuka kaunter pendaftaran PADU untuk komuniti Felda Lawin Selatan dan komuniti berdekatan. Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat di PADU bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan.
Aktiviti:
-Mendaftar masuk ke dalam sistem PADU. Kod pengesahan akan dihantar melalui sms di nombor telefon yang telah berdaftar.
-Mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat.
-Membuat pengesahan kad pengenalan dan wajah sebelum maklumat dihantar.
Tarikh | : 06 Jun 2023 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Meningkatkan kemahiran komuniti dalam penggunaan Microsoft Word. Bengkel kali ini adalah untuk mengajar peserta cara penulisan surat rasmi. Penulisan surat rasmi digunakan untuk urusan-urusan rasmi seperti urusan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan dan syarikat swasta.
Aktiviti:
-Petugas membantu peserta untuk memilih format penulisan surat rasmi yang betul.
-Memberi gambaran contoh perbezaan antara surat rasmi dan surat tidak rasmi.
-Peserta dapat mengetahui penggunaan bahasa yang betul untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti.