Tarikh                      : 05 Februari 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Belia Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

PEDi mengadakan bengkel resume terbuka kepada komuniti belia di Felda Lawin Selatan yang sedang mencari pekerjaan. Tujuan bengkel diadakan supaya dapat memberi penerangan dan penjelasan kepada komuniti langkah untuk menghasilkan resume yang profesional serta berkualiti. 

Aktiviti:

-Pemilihan template resume yang bersesuaian. Peserta boleh memilih untuk menggunakan template di canva / microsoft word

-Peserta perlu memilih corak dan kombinasi warna template resume yang bersesuaian. 

-Penggunaan format yang bersih dan mudah dibaca. Gunakan huruf dan saiz fon yang jelas. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak dekorasi atau corak yang boleh mengganggu.

-Cara penyusunan ayat resume yang kemas dan teratur bagi memudahkan pihak syarikat meneliti resume. Resume yang ringkas dan relevan yang berfokus pada maklumat yang paling relevan dengan pekerjaan yang anda mohon.

-Memasukkan pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon

 

 Gambar Disini