Tarikh | : 6 Oktober 2019 |
Masa | : 9.00 am - 10.00 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Pemeriksaan tekanan darah (pemeriksaan kesihatan) merupakan saringan kesihatan yang sering dijalankan di Pusat Internet Felda Lawin Selatan. Tujuan pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesihatan di peringkat awal di samping dapat mengetahui graf tekanan darah setiap bulan.
Aktiviti:
Peserta diminta memakai alat tekanan darah di tangan sebelah kiri dan diminta meletakkan kedudukan tangan sehingga bacaan di tab myhealth menunjukkan bacaan 20 dan petugas akan menekan ok untuk meneruskan alat membuat bacaan tekanan darah. Setiap keputusan tekanan darah peserta boleh membuat semakan di dashboard komuniti module MyHealth.
Tarikh | : 1 Oktober 2019 |
Masa | : 10.00 am - 12.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Lepasan UPSR |
Tujuan:
Untuk menambah ilmu pengetahuan am di samping dapat menguji daya pemikiran para pelajar.
Aktiviti:
Petugas PI Felda Lawin Selatan mengadakan kuiz Kahoot kali ini bersama dengan pelajar lepasan UPSR. Kuiz kali ini adalah banyak berkaitan dengan pengetahuan am. Aktiviti ini diadakan bagi mengisi masa lapang mereka kerana peperiksaan UPSR telah pun selesai.
Tarikh | : 19 September 2019 |
Masa | : 10.00 am - 11.30 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Membantu pengguna untuk mengeluarkan penyata bank melalui Maybank2u.
Aktiviti:
Pengguna menggunakan komputer untuk menyemak dan print penyata bank. Ianya memberi kemudahan dan keselesaan kepada mereka serta menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur dan menunggu di bank.
Tarikh | : 24 September 2019 |
Masa | : 2.30 pm - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Untuk meningkatkan daya kreativiti para pelajar bagi menghasilkan sesuatu produk dengan baik.
Aktiviti:
Pengguna menggunakan komputer untuk membuka Youtube berkenaan dengan DIY bagi menyiapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah. Aktiviti atau tugasan ini juga membantu perkembangan minda pengguna.
Tarikh | : 10 September 2019 |
Masa | : 2.30 pm - 5.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar berkaitan dengan media sosial. Cara penggunaan yang betul, cara membuat akaun media sosial, cara membuat email dan cara Log Masuk ke akaun media sosial berkenaan.
Aktiviti:
Program ini dihadiri oleh ahli pusat internet yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah.