Tarikh | : 14 November 2019 |
Masa | : 10.00 am - 12.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Tujuan resume dihasilkan adalah bagi membolehkan seseorang itu layak untuk ditemuduga dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan tersebut.
Aktiviti:
Untuk menghasilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan, resume yang dihasilkan mestilah memiliki fakta yang padat dan ringkas. Pengguna mencari maklumat di internet di PI sebagai rujukan untuk menyediakan resume.
Tarikh | : 11 November 2019 |
Masa | : 3.00 - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Menambah ilmu pengetahuan peserta di samping dapat membantu mereka belajar secara atas talian.
Aktiviti:
Pelajar membuka laman web Gartic.io iaitu aktiviti e-pembelajaran dengan cara meneka objek yang dipaparkan di komputer. Setiap soalan yang disediakan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan.
Tarikh | : 22 Oktober 2019 |
Masa | : 10.00 am - 1.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar UPSR |
Tujuan:
Untuk menambah ilmu tentang kemahiran membuat video di samping dapat menguji daya pemikiran para pelajar.
Aktiviti:
Petugas PI Felda Lawin Selatan mengadakan kelas Movie Maker kali ini bersama dengan pelajar lepasan UPSR. Aktiviti ini diadakan bagi mengisi masa lapang mereka kerana peperiksaan UPSR telah pun selesai.
Tarikh | : 6 November 2019 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Lepasan UPSR |
Tujuan:
Untuk menambah ilmu pengetahuan am di samping dapat menguji daya pemikiran para pelajar.
Aktiviti:
Petugas PI Felda Lawin Selatan mengadakan kuiz Kahoot kali ini bersama dengan pelajar lepasan UPSR. Kuiz kali ini adalah banyak berkaitan dengan sejarah kemerdekaan, Sains dan Kajian Tempatan. Aktiviti ini diadakan bagi mengisi masa lapang mereka kerana peperiksaan UPSR telah pun selesai.
Tarikh | : 15 Oktober 2019 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Membantu pengguna menyediakan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi bagi memudahkan urusan mereka.
Aktiviti:
Calon peperiksaan SPA yang juga ahli PI berkunjung ke Pusat internet untuk membuat Peperiksaan SPA secara online. Calon ini menduduki peperiksaan SPA bagi jawatan Pembantu Tadbir yang bermula pada pukul 10.00 pagi. Kemudahan di PI ini memberi keselesaan kepada calon untuk menjawab soalan dengan tenang dengan persekitaran yang nyaman serta kemudahan capaian internet yang berkelajuan tinggi dapat membolehkan mereka menjawab soalan dengan lancar.