Tarikh | : 4 Mac 2020 |
Masa | : 3.00 - 4.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar sekolah |
Tujuan:
Untuk mencegah penularan virus COVID-19.
Aktiviti:
Petugas Pusat Internet (PI) Felda Lawin Selatan menjalankan proses saringan suhu badan terhadap semua pengunjung sebelum dibenarkan memasuki ke PI. Peralatan termometer yang disediakan oleh staf PI digunakan untuk memeriksa suhu badan mereka. Sekiranya terdapat pengunjung yang merekodkan suhu badan melebihi 38 darjah celsius, mereka tidak dibenarkan berada dalam kawasan PI sehingga betul-betul sembuh sebagai langkah berjaga-jaga.
Tarikh | : 2 Mac 2020 |
Masa | : 3.00 - 4.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan:
Mengulangkaji pendaraban sifir secara online yang dibuka secara percuma kepada semua pelajar.
Aktiviti:
Seramai 4 orang pelajar yang menyertai aktiviti kali ini. Kesemua pelajar ini menggunakan laman web Sifir Darab untuk menjawab soalan sifir 1 hingga 12.
Tarikh | : 17 Februari 2020 |
Masa | : 3.00 - 4.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar sekolah menengah |
Tujuan:
Untuk menambah ilmu ICT dan Sains disamping dapat menguji daya pemikiran para pelajar.
Aktiviti:
Petugas PI Felda Lawin Selatan mengadakan kuiz Kahoot kali ini bersama dengan pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Kuiz kali ini adalah banyak berkaitan dengan ICT, Sains dan puasa. Aktiviti ini diadakan bagi mengisi masa lapang mereka pada waktu petang.
Tarikh | : 24 Februari 2020 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Dewasa |
Tujuan:
Untuk melakukan pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan gula menggunakan peralatan yang disediakan oleh petugas PI.
Aktiviti:
Petugas memakaikan peralatan ihealth kepada peserta. Bacaan diambil dan petugas memberi sedikit ulasan berkaitan hasil bacaan yang tertera. Peserta juga diberi penerangan cara untuk melihat rekod bacaan kesihatan di dalam dashboard komuniti melalui modul MyHealth.
Tarikh | : 7 Februari 2020 |
Masa | : 10.00 - 11.30 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Untuk menambah ilmu pengetahuan teknologi maklumat setiap peserta.
Aktiviti:
Peserta diminta membuat emel baru dengan mendaftar di laman web Gmail. Hal ini dapat memudahkan urusan peserta untuk mendapatkan info tentang peluang pekerjaan secara online.