Tarikh | : 3 Februari 2020 |
Masa | : 3.00 - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Mengisi masa lapang di samping dapat menjayakan hobi pelajar.
Aktiviti:
Pelajar ini telah mengarang dan menaip novel ciptaannya dengan menggunakan Microsoft Word di Pusat Internet Felda Lawin Selatan. Tambahan pula, aktiviti ini merupakan hobinya ketika waktu lapang.
Tarikh | : 21 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 - 4.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Guru KAFA |
Tujuan:
Guru KAFA menggunakan internet dan melaksanakan tugasnya secara online.
Aktiviti:
Guru KAFA Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Felda Lawin Selatan (FLS) telah mengemaskini data di portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) secara online. Hal ini dapat memudahkan guru-guru KAFA mendapat capaian internet dan melaksanakan tugas mereka. Tambahan pula SAR tersebut adalah berdekatan dengan Pusat Internet FLS.
Tarikh | : 9 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Untuk meyelesaikan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Aktiviti:
Pelajar tingkatan 1 SMK Kenering, Gerik membuat ulangkaji dan kerja sekolah di PI Felda Lawin Selatan dengan menggunakan internet dan komputer untuk mencari rujukan yang berkaitan dengan mata pelajaran Sains.
Tarikh | : 17 Januari 2020 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Membantu pengguna untuk membayar bil elektrik dan air secara atas talian melalui Maybank2u.
Aktiviti:
Pengguna menggunakan komputer untuk membayar bil elektrik dan air secara online. Ianya memberi kemudahan dan keselesaan kepada komuniti serta menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur dan menunggu di bank.
Tarikh | : 4 Januari 2020 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. [Sumber GIATMARA]
Aktiviti:
Pengunjung yang merupakan ahli PI Felda Lawin Selatan telah mendaftar untuk masuk ke GIATMARA dengan mengisi butir-butir dan maklumat diri di dalam borang secara online.