Tarikh | : 27 Julai 2020 |
Masa | : 2.30 pm - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Belia |
Tujuan:
Kelas untuk mengeluarkan penyata akaun dari online banking.
Aktiviti:
Pengguna ingin mengeluarkan penyata akaun mereka untuk urusan pekerjaan mereka. Petugas sedia membantu dan mengadakan kelas untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan.
Tarikh | : 26 Julai 2020 |
Masa | : 2.30 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Menjalankan kelas untuk pelajar sekolah menengah untuk membuat Brochures untuk matapelajaran sains.
Aktiviti:
Pengguna datang ke pusat internet untuk mengikuti kelas untuk membuat Brochures. Hasil kerja akan dihantar kepada cikgu di sekolah untuk matapelajaran Sains.
Tarikh | : 13 Mac 2020 |
Masa | : 9.00 am - 11.30 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Belia & Dewasa |
Tujuan:
Memohon perlindungan untuk mencegah penularan virus COVID-19.
Aktiviti:
Majlis Bacaan Yassin seluruh Pusat Internet Negeri Perak dilakukan serentak pada hari Jumaat yang penuh barakah. Majlis ini dihadiri oleh 10 orang daripada golongan belia dan dewasa. Tazkirah tentang wabak COVID-19 diberikan sebelum bacaan Yassin dimulakan dan diketuai oleh Ustazah Hadijah iaitu salah seorang komuniti di sini. Sedikit jamuan ringan diadakan selepas selesai bacaan Yassin.
Tarikh | : 17 Julai 2020 |
Masa | : 2.30 pm - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Belia |
Tujuan:
Untuk mencetak gambar yang dimuat turun dari web Whatsapp untuk laporan pekerjaan.
Aktiviti:
Pengguna menggunakan komputer di Pusat Internet untuk memuat turun gambar dan seterusnya mencetak secara hitam dan putih untuk tujuan pekerjaan.
Tarikh | : 8 Mac 2020 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar tahun 4 - 6 |
Tujuan:
Untuk menggalakkan para pelajar mengisi masa lapang mereka semasa hari minggu dengan aktiviti yang berfaedah. Di samping itu, para pelajar dapat belajar dan seterusnya mahir tentang asas komputer.
Aktiviti:
Aktiviti ini disertai oleh pelajar sekolah rendah darjah 4 hingga 6. Petugas Pusat Internet menyediakan dan membentangkan satu contoh surat kiriman rasmi untuk ditaip oleh pelajar-pelajar ini. Mereka belajar kemahiran asas menaip seperti menukar huruf kecil dan huruf besar, membuat garisan, simbol-simbol, menyimpan file dan sebagainya.