Tarikh                    : 5 Oktober 2020
 Masa   : 9.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar IPTA

 

abcde

 

Tujuan:

Melalui sesi orientasi pelajar IPTA secara online ini pelajar dapat mengenali antara satu sama lain serta dapat mengeratkan silaturrahim di antara mereka.

 

Aktiviti:

Pelajar menggunakan kemudahan internet secara percuma di Pusat Internet Felda Lawin Selatan untuk mengikuti orentasi mahasiswa/ mahasiswi baru.

 

Gambar di sini

 


Tarikh                    : 17 September 2020
 Masa   : 2.00 pm - 6.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

119447401 1408401989351251 689546474863569493 n

 

Tujuan:

Kelas Kuiz Online ICT bersama dengan pelajar sekolah menengah.

 

Aktiviti:

Dengan menggunakan platform atas talian, pelajar menjawab soalan kuiz ICT. Di samping menambah ilmu pengetahuan mereka juga dilatih untuk menggunakan komputer dengan kemudahan internet yang disediakan di Pusat Internet. 

 

Gambar di sini

 


Tarikh                    : 2 September 2020
 Masa   : 2.00 pm - 4.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Warga Emas

 

118487684 1396302963894487 7522074088928078527 n

 

Tujuan:

Menjalankan kelas asas Gmail.

 

Aktiviti:

Pengguna diajar cara untuk membuat akaun gmail, seterusnya menghantar email. Seorang warga emas yang sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT bagi mengembangkan lagi perniagaan. Dengan menggunakan email memudahkan lagi urusan beliau untuk menghantar sebarang dokumen kepada rakan seperniagaan.

 

Gambar di sini

 


Tarikh                    : 4 September 2020
 Masa   : 2.00 pm - 6.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Peserta dan Komuniti

 

118582340 1397454717112645 9194918144780942648 n

 

Tujuan:

Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang Pertandingan Video Kraftangan Merdeka.

 

Aktiviti:

Majlis penyampaian hadiah ini berlangsung dengan pematuhan SOP dan norma baru. Petugas mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta yang menyertai pertandingan dengan penghasilan kraftangan yang begitu kreatif. Selain dapat mengajak komuniti mngenali Pusat Internet dengan lebih dekat, mereka juga belajar cara membuat video dan juga cara untuk mempromosikan kraftangan dalam media sosial.

 

Gambar di sini

 


Tarikh                    : 10 Ogos 2020
 Masa   : 2.00 pm - 6.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Belia

 

118215009 1389610061230444 7935289084632539252 n

 

Tujuan:

Menjalankan kelas untuk usahawan baru online (Shopee).

 

Aktiviti:

Pengguna datang ke pusat internet untuk mengikuti kelas bagi membuka kedai di aplikasi Shopee. Mereka adalah usahawan baru dan pendapatan mereka adalah daripada perniagaan pelbagai jenis produk. Petugas membantu mereka dengan mengadakan kelas untuk memasarkan produk dalam talian.

 

Gambar di sini

 


Sub-kategori