Tarikh                              : 24 Ogos 2019
 Masa   : 8.30 am - 1.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti

 

100

 

Tujuan:

Untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan. Di samping itu, program ini dapat mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti setempat, agensi dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih.

 

Aktiviti:

Program ini dihadiri oleh hampir 100 orang komuniti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah zumba, kuiz kahoot, mengarang artikel di MyKomuniti, memuatnaik gambar produk kesihatan di MyShop, pemeriksaan kesihatan, kuiz QR code, tayangan video ceramah kesihatan, penyediaan menu sihat, mewarna poster dan cabutan bertuah. Barisan agensi yang terlibat ialah KOSPEN, RELA dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Program ini berakhir pada pukul 1.00 petang.

 

Gambar Disini